ISA : Ikut Suka Aku!

Jumaat, April 27, 2007

Angka 40

Tadi lepas cuci akuarium, rehat kejap sambil menikmati rokok di depan meja ni. Tiba-tiba seronok pulak baca cerita ni. Aku rasa sesuai la aku post sini, untuk aku gak di kemudian hari. Sumber ni aku ceduk dari email. Khas untuk orang-orang dah nak senja, dan orang muda pun boleh baca gak buat bekalan..

ANGKA 40 membawa persepsi yang berbeza terhadap lelaki dan wanita. Bagi lelaki usia 40 dianggap sebagai permulaan hidup baru, semangat baru, semakin matang. Bagi wanita usia 40 dikaitkan dengan perkara-perkara negatif, dan selalu dikaitkan dengan musim saham mula menurun.

Bukan berniat merendahkan orang perempuan, jauh sekali untuk memperlekeh kaum wanita. Cuma saya ingin bercakap perkara yang betul di depan mata. Satu hakikat perihal Adam dan Hawa.

Macam mana pun golongan pejuang wanita menegaskan tidak ada beza antara lelaki can perempuan, saya tetap berasa ada perbezaan yang jelas. Ini bukan soal fizikal - yang memang jelas ada bezanya - tetapi ciri-ciri lain yang menyebabkan Leha dan Leman tidak serupa.

Sebenarnya, awal-awal sudah berbeza. Dari segi tahap kematangan semua orang mengakui perempuan lebih cepat dewasa berbanding lelaki. Anak perempuan baligh lebih awal dari lelaki. Ada gadis yang mula haid seawal sembilan tahun. Sebaliknya, ada lelaki yang sudah masuk usia 17 belum ada apa-apa.

Mereka yang mempunyai anak-anak lelaki dan perempuan boleh melihat hal yang sama. Baru darjah enam anak perempuan sudah boleh diharap mengemas bilik tidur, mencuci pinggan mangkuk, membancuh susu adik. Anak lelaki sudah tingkatan tiga pun masih tidak tahu apa-apa.

Sebab itu orang putih kata, kehidupan seorang lelaki bermula pada usia 40 tahun. Konon, pada usia ini lelaki menjadi lebih matang, tepat membuat keputusan, bijak memberi cadangan, lebih penyayang, lebih prihatin, lebih itu, lebih ini.

Hanya satu yang tidak sedap, malah tidak adil: konon pada usia 40 inilah degree kemiangan lelaki dikatakan semakin meningkat!

Miang, gatal, merenyam, gelenyar...banyak lagi istilah-istilah (maaf, sesetengahnya tidak sesuai disiarkan sebab kedengaran kurang sopan) yang seerti dengannya untuk menggambarkan perangai lelaki setelah melewati usia empat puluhan.

Orang perempuan selalu memberi alasan yang serupa untuk menguatkan andaian bahawa lelaki memang miang. Antaranya, yang paling biasa: suami mula menjeling wanita lain, suami mula main kayu tiga, suami kahwin baru.

Bukanlah hendak menyebelah lelaki, tetapi pada hemat saya andaian seperti itu adalah rambang, dan sekali gus tidak adil. Sebab, bilangan suami yang main kayu tiga, atau membuka 'cawangan' baru adalah kecil, terlalu kecil. Mungkin yang jeling-jeling wanita lain ramai, tetapi percayalah jelingan itu tidak membawa apa-apa mudarat. Lagi pun ada sebab suami menjeling wanita lain.

Maaf cakap, ketika suami mula 'meriah habis' pada usia 40, wanita pada usia tersebut dikatakan mula mengendur dan 'dingin' dalam banyak hal. Sebenarnya, ini diakui sendiri oleh ramai wanita, sebab itu mereka tidak suka usia empat puluhan disebut.

Pendek kata, angka 40 membawa persepsi yang berbeza kepada lelaki dan wanita. Bagi lelaki, usia tersebut dikaitkan dengan kematangan can kehebatan, bagi perempuan, usia tersebut sering digambarkan sebagai peringkat saham menurun.

Kalau ada suami yang mula menunjukkan tanda-tanda 'keriangan' luar biasa, saya ada panduan untuk isteri menyekat suami main mata dengan orang lain. Kaedah ini tidak ada dalam buku motivasi suami-isteri, tetapi boleh dicuba.

Pertama, layan suami seperti biasa. Hangatkan suasana dengan kata-kata yang memberangsangkan. Contoh: "Fuhhh, misai abang sekarang tebal semacam, kita tengok pun geram!" Atau: "Abang sejak minum kopi herba tu, kita rasa luar biasa!"

Kata-kata seperti ini boleh membangkitkan semangat, dan suami merasa dihargai. Tetapi jangan cakap sahaja, isteri patut buktikan dengan perbuatan. Jika hanya pandai memuji misai, tetapi di bilik tidur isteri rebah dan tidur macam tunggul, pujian tentang misai itu tidak bererti langsung.

Tidak guna menyiapkan kopi dengan tujuh ramuan herba, sekiranya di katil isteri berdengkur kuat seperti bom, tanpa sedikit pun menghiraukan perasaan suami yang seperti gelora tsunami.

Masalahnya ialah wanita pada usia 40, lebih-lebih lagi yang sudah beranak ramai, sudah mula dingin seks. Bukan putus haid, tetapi mula tidak berapa minat mengadakan hubungan kelamin. Mungkin sebab kesibukan di pejabat, atau letih melayan anak-anak sepanjang hari di rumah, isteri menjadi pasif di katil. Letak sahaja kepala di bantal, terus berdengkur.

Pada hemat saya, tanpa mengira usia, isteri patut bijak melakukan reaksi-reaksi hangat semasa berdua di kamar tidur. Mungkin boleh cuba urutan cakar harimau yang popular itu. Sambil mencakar boleh bergurau senda, dan puji-puji tentang misai.

Kalau cakaran harimau sudah mengena, suami yang letih menjadi segar semula. Pasti suami akan membalas dengan cakaran kucing jantan.

Bayangkan apa akan terjadi apabila cakar berbalas cakar. Tentu harimau akan mengaum.

Amaran: hati-hati sekiranya isteri berkuku panjang dan tajam, takut tersilap cakar luka pula kulit belakang suami. Akibatnya, suami berasa kesakitan dan mungkin menggunakan tendangan kambing gurun hingga isteri terpelanting bawah katil!

Kedua, isteri mesti terus bergaya. Sebenarnya wanita pada usia 40-45, masih cantik dan menawan. Masih anggun dan mempesona. Memanglah tidak 'cun-melecun' seperti gadis belasan tahun lagi ‘trang-tang-tang' . Tetapi sekiranya bijak mendandan diri, suami pasti tidak menjeling pada orang lain.

Masalahnya ialah sesetengah isteri, terutama yang menjadi suri rumah sepenuh masa, tidak menghiraukan soal keterampilan diri. Tidaklah selekeh, tetapi kurang mesra alam. Rambut tidak disisir, menggerbang macam langsuir atau penunggu pohon beringin dalam Misteri Nusantara. Dahi berkerut, bibir berkedut. Tanpa bedak, tanpa gincu. Pipi pun berminyak semacam.

Sudahlah begitu, pakaian pun asyik kain batik lusuh dengan t-shirt Pagoda leher bulat yang ketiaknya terkoyak sedikit. Ini sudah menjadi uniform tidak rasmi suri rumah yang tidak berseni. Sesetengahnya langsung tidak berbaju, hanya berkemban. Sudahlah berkemban, nampak bulu ketiak keriting, betul-betul macam ibu si Tenggang.

Percayalah, kalau rupa seperti ini yang dilihat oleh suami setiap hari, belum masuk usia 40 tahun pun suami sudah menjeling wanita lain. Jika hari-hari melihat puntianak atau ibu si Tenggang, suami pun berasa muak juga. Suami pun hendak melihat benda-benda indah.

Sebenarnya, mendandan diri bukan susah sangat. Lagi pun kebanyakan suami tidak cerewet sangat. Suami tidak mengharapkan isteri menyambutnya dengan pakaian berjenama antarabangsa, atau jari lentik dengan kuku berwarna, bibir merah dan basah berkilat, rambut ikal mayang teknik rebonding, alis lentik bagai penari Mak Yong.

Apa yang dikehendaki oleh kebanyakan suami ialah penampilan seorang isteri yang kemas, sopan dan kelihatan manja. Jangan lentuk sangat, suami naik lemas pula. Rambut perlu disisir kemas, pada hari-hari tertentu (petang Khamis umpamanya!) boleh letak bunga ros di kepala. Tetapi, jangan pula terlebih hingga pacak bunga manggar di kepala. Nanti suami ingat isteri sudah sewel.

Pipi patut dihias supaya tidak nampak berminyak macam mamak jual capati. Kalau tidak mampu pakai bedak yang berjenama, bedak biasa pun boleh, asalkan disapu dengan kemas. Jangan asyik lumur dengan bedak beras sejuk sehingga wajah kelihatan seperti wayang China purba!

Tidak salah menyambut kepulangan suami dengan haruman. Semburlah pewangi yang boleh membangkitkan semangat. Kalau tidak ada pewangi pun gunakanlah haruman ash dari bunga cempaka, melur, kenanga atau lain-lain bunga wangi.

Kalau pun teruk memasak di dapur pastikan bau serbuk kari, sambal belacan, budu, atau bau ikan pekasam goreng tidak melekat di tubuh. Amaran: jangan sekali-sekali ada bau semburan ubat lipas atau kapur barus pada tubuh. Mati selera suami.

Ketiga, mesti selalu senyum. Sambutlah suami dengan senyum paling manis. Senyum yang ikhlas, dan bukan dibuat-buat. Ingat, orang lelaki dapat membaca antara senyuman ikhlas dan senyum palsu. Tetapi, jangan tersengih tidak tentu pasal, nanti suami ingat isteri tersampuk puntianak sundal malam.

Tidaklah diharapkan isteri mengurut-urut bahu atau dada suami sebaik masuk ke rumah, lebih-lebih lagi di hadapan anak-anak. Memadailah isteri menegur: "Abang nampak letih, boleh kita ambilkan air? Abang nak air sejuk atau air panas?"

Tetapi, jangan pula memberitahu suami benda-benda yang mungkin mematikan semangatnya, seperti: "Tadi ada orang datang, dia kata abang dah tiga bulan tak bayar ansuran kereta, betul ke?" Atau: "Orang sebelah tu beli TV 29 inci, boleh tak kita beli yang 36 inci?"

Keempat, etika di bilik tidur. Ini paling penting, sebab bilik tidur adalah tempat rehat bagi suami isteri. Tempat tidur mesti selalu kemas dan menarik. Semburkan haruman supaya semerbak sepanjang malam. Sesekali taburkan bunga-bunga wangi di atas tilam. Barulah bersemangat untuk cakaran harimau atau cakaran kucing.

Malangnya, bagi isteri yang sudah melewati empat puluhan, bau haruman di kamar beradu biasanya tidak dihiraukan lagi. Tidak ada bau minyak wangi, seperti zaman baru-baru kahwin dulu. Apa yang memenuhi bilik tidur sekarang hanyalah bau minyak angin.

Bilik tidur penuh dengan beraneka minyak angin. Penjuru katil ada minyak lenguh sendi, tepi bantal ada minyak sengal tulang, atas tilam ada minyak pening kepala, bawah katil pun ada minyak semput.

Walaupun sudah lenguh sana-sini, minyak-minyak itu bukan di kamar tidur tempatnya. Kalau setiap malam hidung suami tersumbat bau minyak angin, matilah seleranya untuk mencakar. Ini yang isteri kena faham.

Selamat mencakar ..... Aummmm !!!!

Jumaat, April 20, 2007

Why Bicycle Shorts Are Always Black


Datok K + Siti = Anaknye

Khamis, April 19, 2007

Intel Chipset Info & Overclock Database

OK hari ini aku nak sebarkan sedikit maklumat berkenaan chipset. Intel chipset khususnya, bagi mereka yang masih binggung memilih mainboard jenis apa, chipset jenis apa, ini adalah jawapannya. Oleh kerana aku pun mau bikin satu system baru pada MAY ni, so mari lah kita tinjau sama-sama yang baguihh, yang mana kurang baguih.

Intel Chipset Info

Intel 975x Chipset
  • Moderate Overclocker: 400-450FSB usually.. sometimes more with mods.
  • Ability to run Crossfire and with hacked drivers, SLI.
  • Runs fairly cool, can take a lot of voltage (2.1v+)
  • Best for chips with 9x multi or more, if you want the max out of your CPU.
  • Has best clock-for-clock performance out of all four chipsets.
  • Has extremely fast Matrix RAID
  • The two boards to get on this chipset are the Intel BadAxe2 (XBX2) and the Abit AW9D-Max. They both do the highest FSB out of all of them, out of the box and usually provide the most stable computing environment with the best OC.
Intel 965P Chipset
  • The best overclocking chipset with the ability to hit 520+ out of the box on most boards. Has hit 600FSB before on a modded board with the "C2" revision chipset.
  • Runs fairly cool, can take a bit of volts.
  • Ability to run Crossfire and with hacked drivers, SLI but the 4x slot hinders the performance.
  • Best for all chips, regardless of multiplier just because it has a good balance of performance, price, etc. Will top out any chip out there.
  • Has second best clock-for-clock performance out of all four chipsets.
  • Has equally fast Matrix RAID.
  • The two boards to get are the ASUS P5B/Commando Series and the Abit QuadGT. The Abit AB9 series is also a good board but it has its fair share of issues and a poorly thought out board layout. Abit's "QuadGT" is also a great board for the money and I'm now officially recommending it over the DS3, as Abit has gotten their act together.. but remember, the DS3 is still a great budget/value board!
NVIDIA 680i Chipset
  • Moderate overclocker, 500FSB tops usually.. more with mods. Highest I've seen is 525FSB. Rev 'D00' board does over 325FSB on quad core.
  • Ability to run full SLi, optimized for G80 cards.
  • Runs very warm!! (per norm. with NVIDIA chipsets).
  • Good for all chips overall. Will top out most 8x multi chips +.
  • Has third best clock-for-clock performance. With a LOT of time tweaking, Pi times can come close to/match some 975x boards.
  • Crappy nVRAID, slow.
  • Ability to run memory async, great for high ram clocks. Will top out your ram with ease.
  • Ability to run 1T @ High Clocks for a bit better performance.
  • Has some pretty serious bugs, data corruption and a few others IIRC (supposedly these have been fixed in later BIOS releases!).
  • Most boards are based on reference design, all about preference. The ones that aren't seem to have issues at the moment (notably the Abit and it's PWM problems -> Turns out to be the PWM sinks not making contact with PWM IC's.. check your Abit 680i Boards!)
  • Some ASUS 680i boards have a vCore bug, which is now fixed in the newest BIOS releases. See this post.
  • New PCB revision fixes many issues (PS2 port, vDimm and Quad Core FSB). To identify your version, look near the memory slots, serial # ending with C00 = old, D00 = new.
NVIDIA 650i Chipset
  • Moderate overclocker, usually around 500MHz FSB, depending on the board/manuf.
  • Runs moderately warm.
  • Good for all chips generally, will max out most 8x multi + chips.
  • Slow RAID.
  • Takes a lot of tweaking for it to be even be considered usable for competitive benchmarking.
  • To sum it up, it's basically for users who are seeking SLi on a budget with some good features & fair overclocking thrown in.
RD600
  • Moderate overclocker, usually around 500MHz FSB, + 20MHz.
  • Runs very hot!
  • Good for all chips generally, will max out most 8x multi + chips.
  • Has worst clock-for-clock performance out there.
  • Has slow RAID.
  • Only one board with this chipset, DFI RD600 which isn't all that great.. but it has a CRAP LOAD of RAM tweaking options!!
  • Has ability to run RAM Async like 680i
  • Ability to run 1T @ high clocks (iirc?)
  • Has ability to run crossfire.
  • Not the *best* drivers.

Overclock Database





Statistik


Sumber : http://xtremesystems.org/forums

Mesej Rahsia

Selamat bertemu kembali dalam ruangan mari belajar. Hehehe.. Bukan apa tangan ni gatal, lama tak menaip. Dah lama tak usha blog, sapa lagi nak usha kalau bukan tuan die sendiri ye tak? Hehe.. Hari ni dengan kerajinan (buang tabiat pukol 3 pagi tetiba je rajin) aku ingin up satu turorial yang agak menarik, iaitu "Mesej Rahsia" a.k.a "Meseh Rahsio".

Benda ni bukan proses enkripsi/dekripsi (encryption/decryption) tapi mesej yang kita tulis tu akan jadi tak nampak (hidden), hanya tuan dia saje yang nampak. Senang je nak buat dengan menggunakan notepad.

Aku kasi sedikit maklumat berserta gambo sekali (kalau rabun klik imej akan diperbesarkan), dan sekiranya ade ape-ape masalah boleh contact gua di Yahoo Messenger ( kibosh.kismet [at] yahoo [dot] com ).

Langkah-Langkah


1. Pergi ke "Start Menu" > "Run"




2. Kemudian taip "cmd"




3. OK sekarang pergi ke command prompt. Biasanya dia akan keluar C:\Documents and Settings\[NAMA AKAUN]> Contoh: C:\Documents and Settings\Newbie> . Skang ni kita taip "cd my documents" untuk memasuki folder my documents (sebab kita nak taruk file tu dalam my documents).




4. Jika nak tau sudah berjaya masuk ke folder "My Documents" hasilnya adalah seperti di atas ini. Jika sebaliknya, cuba check ejaan atau tersilap semasa menaip.




5. Seterusnya, untuk membuat satu notepad rahsia korang buleh taip seperti ini. Contoh : notepad "NAMAFAIL.TXT:HIDDEN.TXT" atau "NAMAFAIL.TXT:PUKIMAK.SHIBAII" pun boleh asalkan korang kena ingatlah nama fail tu betul-betul, tak ingat gerenti tak boleh buka.

So aku nak buat satu fail notepad yang bernama "SAYANG.TXT" maka aku taip : notepad SAYANG.TXT:HIDDEN.TXT dan kemudian macam biasa tekan ENTER.




6. Kemudian keluar la seketul notepad. Klik "Yes" untuk membuat sebuah fail notepad (TXT).




7. Aaa skang taip la apa pun yang ingin di taip. Nih haa contoh seperti kat atas ni.




8. Dah selesai taip, save le ape lagik.




9. Ok sekarang dah siap dah.. Tak caye cuba buka "My Documents" , buka fail yang korang buat tadi, dan lihat hasilnya. Tulisan tu ada tapi tak nampak. Walaupun anda buka fail tu, dan tulis apa-apa sekalipun (overwrite), mesej asal takkan terjejas, dont worry.




10. Skang, cara untuk membuka kembali fail notepad dan membaca mesej rahsia tu balik, pergi ke command prompt dan taipkan : notepad SAYANG.TXT:HIDDEN.TXT




11. Caaaannnggg... dah nampak balik kan? Good Luck!!

Jumaat, April 13, 2007

Lawak Santai

Hasan Jendul nak belikan hadiah harijadi untuk kekasih barunya, Mek Ayu. So si Hasan ni pun ajaklah adik perempuan sepupunya untuk temankan dia shopping kat Sogo. Oleh kerana Hasan Jendul dan Mek Ayu baru dua bulan berkawan jadi si Hasan Jendul membuat keputusan untuk membelikan Mek Ayu satu topi kain fesyen baru saje, supaya taklah nampak dia beriya-iya sangat.

Adik sepupu Hasan pulak pegi beli satu seluar dalam hitam berbunga-bunga baru, sebab ada sale hari tu. Masa membayar, dengan tak sengaja cashier dah tertukar kotak topi kain hitam tu dengan seluar dalam hitam adik Hasan Jendul!.

Selepas membayar, Hasan Jendul pun terus pergi kaunter hadiah dan suruh diorang bungkus tanpa check dulu. Kemudian dia balik ke rumah dan tulis surat untuk Mek Ayu serta mengeposkannya bersama hadiah yang dah tersilap tu.

(Dan surat yang dia tulis tu berbunyi cam nie);

Istimewa untuk kekasihku Mek Ayu, San pilih hadiah nie kerana Ayu tak pernah pakai bila kita keluar jalan-jalan dan selalu mengadu sebab panas. Kalau bukan sebab pasal adik sepupu San, San dah nak beli yang lagi jarang supaya kalau berpeluh tak lembap sangat.

Tapi San tengok adik sepupu San pakai yang ada bunga tu nampak cantik pulak. San pilih warna hitam tu supaya tak nampak kotor. Promoter yang jual tu tunjuk dia punya dah seminggu tak basuh. Nampak elok saje. San suruh dia try Ayu punya sebab saiz promoter tu lebih kurang Ayu je.

Memang cantik dan menarik! Harapnya Ayu suka sebab San rasa memang sesuai dengan Ayu. Tak sabar rasanya nak tengok Ayu pakai depan San. San harap Ayu akan pakai untuk San hujung minggu nie. Salam sayang untuk kekasihku, Mek Ayu.

Yang amat menyintai dan menyayangi dirimumu,

Hasan Jendul


P/S : Kalau Ayu nak pakai, San nampak stail terbaru ialah dengan melipat bahagian depan dan menampakkan sedikit rambut.

Khamis, April 12, 2007

Britney







Math







Telur Separuh Masak

Jojo dan Shasha membawa anak lelaki mereka yang berusia 6 tahun ke klinik. Walaupun pada mulanya agak malu dan segan, akhirnya mereka membuka mulut juga menceritakan kebimbangan mereka tentang kemaluan anak mereka yang agak kecil berbanding kanak-kanak lain yang sebayanya.

Selepas melakukan pemeriksaan, doktor berkata, "Beri makan telur separuh masak setiap pagi. Lama-lama besarlah tu."

Besok pagi, apabila anak mereka hendak bersarapan, terkejutlah dia melihat ada 10 biji telur di meja makan.

"Telur ni untuk saya ke mak?", tanya si anak.

"Engkau makan satu saja. Yang lain tu untuk ayah kau", kata emaknya.

Isnin, April 09, 2007

LOL!

Selasa, April 03, 2007

Waduhh.. Coli Sapa Niihh??

Y Informer For Dummies

Oleh kerana ada beberapa user JWG khususnya, yang tertanya-tanya bagaimana nak setup Y Informer, so aku cuba bikin sedikit tutorial yang tak seberapa ni. Sebelum tu aku nak cerita secara ringkas apedia Y Informer ni. Y Informer, dengan kata lain ialah Yahoo! Informer merupakan sebuah utiliti untuk mengesan status user/rakan di dalam list Yahoo Messenger yang invisible.

Invisible ni bermaksud tak nampak, so bagi pengguna yang guna mode invisible kita memang tak tau tentang kewujudan mereka semasa mereka online. Dengan utiliti ni, Y Informer cuba mengesan target/mangsa/user dengan me-msg dan menyatakan status user tersebut samada Online atau Offline. Coool!. So pada id bot Y Informer tu di syorkan pakai la apa-apa nama pun asalkan tak di ketahui oleh target/mangsa/user tersebut. Contoh Id bot : girl_hornymaut26 ;-) OK settle.. Jika rabun klik pada imej untuk diperbesarkan.. TQ


1. Step pertama kena ada ocx file seperti gambar di atas. Boleh download di sini : +http://d.turboupload.com/d/1676309/ocx.zip.html Zip Password : kava@jiwang.org


2. Setup Y Informer macam biasa.


3. Copy file "msinet.ocx" dan "mswinsck.ocx" ke dalam folder Y Informer "C:\Program Files\Y Informer" seperti gambar kat atas tu.


4. Caaannng! Ini le interface Y Informer. Untuk dapatkan Id Bot kena buat satu lagi akaun Yahoo yang baru seperti gambar kat bawah ni.


5. Masukan maklumat seperti biasa...


6. Dah selesai register pergi balik ke utiliti Y Informer, masukkan id dan password seperti mana kita register tadi dan klick "Login".


7. Masukkan id target/mangsa yang nak spy. Jangan lupa check pada checkbox "Online Check" dan "Cam Check" untuk tengok samada mangsa sedang online webcam. Kemudian klik "Check Status".


8. Caaaanngg!! Ini hasil intipan.. Aku test kat diri sendiri.. Korang boleh cuba pulak.. Ok Adiooss..