ISA : Ikut Suka Aku!

Khamis, Jun 11, 2009

Bagaimana Hendak Mengetahui Pixel Sebenar Peranti Anda?

Dewase ini kamera digital makin belambak dijual macam goring pisang jer. Terlalulah banyak jenis, jenama dan bermacam-macam jenis function ader. Kamera digital nih pulak biasernyer dinilai dangan pixel. Contohnyer 3.1 Megapixel.

Sebelum saya pergi lebih jauh lah adalah baik saya terangkan dulu apa kebende Pixel nih?

Pixel ni adalah adalah perkataan singkatan untuk picture element (pix = picture & el = element). Ia adalah satu titik atau spot yang pada rectilinear grid yang terdiri daripada beribu-ribu titik. Dan titik – titik ini akan membentuk imej kat monitor korang ataupun kat HDTV (High Definition Television) ataupun gambar yang korang print kat kertas tu sebenarnya dibentuk oleh beribu-ribu pixel. Pixel – pixel nih jugak membentuk huruf, graphic and etc. Pixel nih jugak dipanggil pel.

So macam mana kite nak tahu kamera digital kita sebenarnyer baper pixel untuk mengelakkan kita dari ditipu pekedai atau setiker kat kamera anda. Senang jer, korang beleklah kotak kamera anda tak pun tgk manual kamera tersebut cari image resolution.

Example image resolution : 2048 x 1536, 1600 x 1200, 800 x 600

Ok skrang korang ambik kalkulator. Kira daripada nilai terkecil:

Example image resolution 800 x 600 = 800 x 600
= 480000

1 mega = 1E6 ( 1 KUASA 6)

So untuk image resolution 800 x 600 bersamaan 0.48 Megapixel

Skrang ambik image resolution 1600 x 1200

1600 x 1200 = 1920000
= 1.92 Megapixel

Skrang ambik pulak nilai image resolution terbesar untuk ketahuai baper megapixel sebenar kemera digital korang.

image resolution 2048 x 1536 = 3145728 bersamaan 3.1 Megapixel

Lagik besar pixel lagik lawa ler gambar korang.

So aper lagik check skrang jugak pixel kamera korang betul ke tidak. Kalau betul ok kalu tak….sah – sah TIPAH TERTIPU!

credit to : charger_joe@jiwang.org

0 Comments:

Catat Ulasan

<< Home