ISA : Ikut Suka Aku!

Rabu, Mei 20, 2009

Masalah Sound Pada Jaunty Jackalope

Salam guys.

Pada pagi ini aku tak mau tulis panjang-panjang, banyak benda yang aku plan masih belum siap. Setup Desktop & Laptop boleh memakan masa selama seminggu. WTF!!!

Sebenarnya aku lebih suka buat complete install, test hardware device, update OS dan macam-macam & last sekali buat imej pendua dengan Acronis True Image. Next time aku rasa tak perlu nak buat fresh install lagi dah, cuma hanya menggunakan imej tu, PC aku siap dalam masa 1 jam dengan program-program yang telah sedia ada.

Namun pada laptop (HP PAVILION DV3000 SERIES) mengalami masalah di mana apabila install Ubuntu sound tak keluar. Mana syok guna komputer sound tak der, bosan!.

Aku yang berasal menggunakan Ubuntu Intrepid Ibex sebelum ini belum menghadapi kes sebegini, kemudian apabila upgrade ke Jaunty Jackalope, sound bermasalah. Dah banyak cara aku dah buat tak menjadi. Aku dah naik menyampah dengan Jaunty.

Kemudian aku test lagi, format & buat clean install; memasang Jaunty selepas aku menerima CD yang aku request tidak lama dahulu, masalah sound juga tidak selesai. Kesimpulan, jika korang guna Intrepid Ibex then upgrade ke Jaunty, ataupun korang install Jaunty Jacklope secara terus & masalah sound tak keluar, itu bukan masalah komputer, tapi masalah Jaunty.

Aku try arahan-arahan yang aku akan tunjukan seperti di bawah, korang leh cuba. Aku test pada laptop aku no problem. Selamat mencuba.

Langkah-langkah.

1. Buka terminal.

2. Taip : gksudo gedit /etc/modprobe.d/alsa-base

3. Masukkan password jika perlu.

4. Salin arahan seperti di bawah ini :
options snd-pcsp index=-2
alias snd-card-0 snd-hda-intel
alias sound-slot-0 snd-hda-intel
options snd-hda-intel model=dell-m4-1
options snd-hda-intel enable_msi=1

5. Save & Exit.

6. Restart

** Terima kasih kepada Keith kerana membantu. I love you Guys..

0 Comments:

Catat Ulasan

<< Home