ISA : Ikut Suka Aku!

Selasa, Mei 05, 2009

Ubuntu : Macam Mana Nak Hide Grub Menu?

Assalamualaikum & Salam Sejahtera....

Pada malam yang sepi dan indah ini, sesambil layan mp3 Alpha Blondy, memang syok habesss!. Apa yang paling membuatkan aku rasa happy, masalah di dalam Ubuntu Linux sedikit demi sedikit aku dapat atasinya dengan mudah.

Tidak lupa kepada kawan-kawan yang sering membantu aku di dalam kesusahan, untuk keluar dari masalah berpunca dari sistem operasi Linux, Ubuntu Jackalope khususnya. Terima kasih kepada Khensthoth yang memberi tunjuk ajar bagaimana untuk hide grub menu.

Ok, sebelum aku tunjuk langkah-langkah bagaimana untuk hide grub menu, biar aku terangkan mengapa aku ingin berbuat demikian.

Sebenarnya, beberapa hari yang lalu, seorang kawan emak telah datang ke rumah untuk melawat kami semua. Dia juga menceritakan hasratnya untuk membuka sebuah cyber cafe tidak lama lagi. Banyak juga kami bercerita tentang "macam mana hendak membuka cyber cafe?" dan "how to start?". Beliau seorang usahawan berjaya telah mempunyai beberapa buah kedai yang menjual perkakasan komputer sebelum ini ingin membuka sebuah cyber cafe.

Masalahnya, di sini, khususnya di Kota Bharu, pihak berkuasa selalu datang "menyerang" premis untuk memastikan premis tidak melanggar syarat atau undang-undang yang telah ditetapkan. Terutama sistem operasi Windows, perlu menggunakan yang original.

Oleh kerana beliau belum mempunyai bajet yang cukup & ia juga satu permulaan bagi beliau untuk menjalankan perniagaan seperti ini, sudah tentu bermasalah apabila hendak membeli sistem operasi yang original.

Baiklah, saya mencadangkan beliau menggunakan Linux, Ubuntu Linux. Tetapi masalah beliau tidak memiliki kepakaran untuk mengendali OS ini. Sementara itu, pengguna juga tidak ramai yang tahu untuk menggunakan sistem operasi Ubuntu Linux.

Oleh yang demikian, saya mencadangkan beliau untuk kali keduanya, memasang Windows XP/Vista, dan Ubuntu Linux. Ini bermakna, pengguna yang mahir menggunakan Linux, boleh switch ke Ubuntu Linux, sebaliknya menggunakan Windows seperti biasa.

Baiklah, masalah yang timbul apabila pihak berkuasa datang untuk 'check' premis samada menggunakan Windows original atau tidak, boleh di lindungi dengan sistem operasi Linux. Semasa proses boot, kita boleh set pada grub menu supaya hide grub menu, dan sebagai default setting, komputer akan login ke Ubuntu Linux. Oleh itu pihak berkuasa akan pikiaq, oh premis ini menggunakan Open Source Operating System!.

Cara ini akan dapat menyelamatkan anda dari di kesan pihak berkuasa. Insyallah. Arahan yang saya akan berikan hendaklah di lakukan di dalam Ubuntu Linux. Sila login ke Ubuntu Linux anda. Di bawah adalah kaedah untuk hack grub menu.

1. Buka Terminal

2. Taip : sudo nano /boot/grub/menu.lst (sila masukkan password anda jika ditanya)

3. Pada seksen ini anda cari & tukar angka 'timeout' kepada 2
## timeout sec
# Set a timeout, in SEC seconds, before automatically booting the default entry
# (normally the first entry defined).
timeout 2

4. Kemudian pada seksen ini buang tanda # pada #hiddenmenu
## hiddenmenu
# Hides the menu by default (press ESC to see the menu)
hiddenmenu

5. Tekan CTRL + O untuk save.

6. Tekan CTRL + X untuk quit.

7. Selesai. Sila reboot untuk melihat hasilnya.

Bagi default setting, komputer anda akan masuk ke Ubuntu Linux, selepas 2 saat tanpa mempamerkan grub menu. Oleh itu komputer anda akan terselamat dari pihak berkuasa untuk mengesan sistem operasi Windows. Tetapi sekiranya anda tekan kekunci ESC, sebelum 2 saat grub menu akan di pamerkan, dan anda boleh memilih untuk login ke sistem operasi Windows. Semoga berjaya... :)

Terima kasih kepada Khensthoth bagi tunjuk ajar beliau.

-United Pot Smokers 2009-

0 Comments:

Catat Ulasan

<< Home