ISA : Ikut Suka Aku!

Rabu, Mei 06, 2009

Ubuntu : Masalah Datang Lagi!

Salam semua...

Kali ni, aku cukup bengang jugaklah sebab laptop aku terus tak ada sound. Nak tengok YouTube tapi sound tidak keluar. Potong stim!. Pada mulanya aku ingat laptop aku ni kira dah hebat dah, sebab bukan brand Acer, bukan brand Compaq. Aku masih ingat lagi suara-suara yang melarang aku memilih model Acer & Compaq.

Sekarang sudah terbalik. Model HP Pavillion DV3000 yang menggunakan kad bunyi dari Intel ini juga mempunyai masalah tiada bunyi selepas pemasangan menaik taraf (upgrade) dari Ubuntu Intrepid kepada Jaunty Jackalope. Maknanya beberapa hari lah juga aku mencari jalan penyelesaian, namun tidak juga berhasil.


Akhirnya masalah ini akhirnya berjaya diselesaikan, terima kasih banyak kepada Khensthoth kerana sudi menolong. Aku ingatkan susah sangat nak betulkan, tapi takde lah susah sangat.

0 Comments:

Catat Ulasan

<< Home