ISA : Ikut Suka Aku!

Rabu, Februari 20, 2008

Antibiotik & Kisahnya

Haa.. ari ni aku menceduk artikel dari email, kisah pasal antibiotik. Kalau demam ke sakit ke doktor selalu bagi kita antibiotik, tapi tahukah kita apakah antibiotik ini? Jangan main telan aje. Terima kasi kepada creator artikel yang menarik ini. I love you..

Ramai ibu bapa yang meminta saya menulis tentang antibiotik. Antibiotik menjadi subjek yang sangat penting di dalam bidang perubatan sehingga kini. Sejak ia dijumpai oleh saintis Perancis Alexander Fleming pada tahun 1928 (sebelum itu dijumpai oleh seorang pelajar perubatan dari German pd 1896 - tapi tak popular), penicillium yang merupakan produk dari sejenis kulat didapati berjaya membunuh pelbagai bakteria. Penicillin kemudiannya digunakan secara meluas ketika perang dunia ke 2 sebagai rawatan utama.

Sehingga kini berpuluh-puluh antibiotik digunakan secara meluas diseluruh dunia. Antibiotik boleh dibahagikan kepada kesannya yang membunuh bakteria (bactericidal) atau kesan yang merencatkan aktiviti bakteria (bacteriostatic) . Kedua-duanya memberi kesan untuk melumpuhkan bakteria daripada merebak di dalam badan.

Sesuai dengan kesannya, antibiotik hanya berkesan untuk membunuh bakteria dan bukan virus. Virus biasanya menyebabkan batuk, sakit tekak, selsema dan sakit badan. 80% sakit tekak dan selsema adalah disebabkan virus. Virus biasanya akan hilang dengan sendirinya selama 7 hari hingga 14 hari walaupun tanpa penggunaan antibiotik.

Sebagai contoh - Denggi ialah sejenis virus, jadi tiada antibiotik apa pun di dalam dunia ini yang boleh membunuh virus denggi. Ia akan hilang dengan sendirinya selepas 10 hari, tetapi perawatan yang lain seperti mengawal hidrasi tubuh dan pemerhatian kadar platelet diperlukan. Kenapa tiada antibiotik digunakan untuk merawat denggi? Ya, kerana denggi ialah sejenis virus. (pandaaaii.. ... :) )

Sekiranya semua doktor memberikan antibiotik kepada pesakit yang mempunyai sakit tekak dan selsema, dan semua pesakit mengambilnya, ini bermakna 80% daripada antibiotik tadi yang tidak memberi apa-apa kesan kepada virus adalah satu pembaziran, sia-sia malah boleh mendatangkan bahaya kepada tubuh.

Kenapa Perlu Berhati-Hati Mengambil Antibiotik?

1. Antibiotik boleh menyebabkan alahan. Alahan boleh jadi sedikit seperti urticaria iaitu timbul ruam gegata di seluruh badan sehingga ke alahan yang teruk seperti kulit melecur dan sesak nafas.

2. Antibiotik mempunyai kesan sampingan. Antibiotik boleh menyebabkan kesan sampingan kecil seperti loya, pening, muntah dan cirit birit sehingga ke yang teruk seperti kerosakan buah pinggang, usus dan hati, pekak dan sawan. Steven Johnson Syndrome adalah satu kesan sampingan kepada beberapa jenis antibiotik berasaskan sulfa. Ia menyebabkan keadaan kulit seperti terbakar dan juga menyerang kawasan seperti mulut mata dan lidah. Kesan sampingan ini boleh membawa maut.

3. Antibiotik sebagai bom nuklear. Bukan semua bakteria di dalam badan adalah jahat. Bakteria baik di dalam usus sebagai contoh lactobacillus, memenuhi usus supaya bakteria jahat seperti Clostridium Difficile tidak dapat memenuhi ruang tersebut. Malah ada bakteria di usus yang boleh membantu penghadaman dan menghasilkan sejenis vitamin yang membantu manusia. Begitu juga contohnya dengan kawasan vagina wanita. Bakteria baik yang terbunuh boleh menyebabkan "candida", sejenis kulat senang membiak di kawasan itu.

Malangnya, antibiotik tidak mengenal musuh. Ia seperti sebuah BOM NUKLEAR. Kawan atau lawan, semuanya disapu, disembelih dan dibunuh dengan kejam. Pembunuhan beramai-ramai tanpa belas kasihan ini ternyata membawa padah. Selepas tiada lagi bakteria yang baik, maka bakteria yang jahat akan bermaharajalela. Jadilah episod cerita koboi bila sherif dah tak ada.

Antibiotik Seperti Harimau Hilang Taring

Apabila antibiotik diambil dan digunakan sewenang-wenangnya, maka Bakteria yang tidak terbunuh oleh antibiotik akan menjalani mutasi. Ia menjadi kebal dan semakin kuat. Bakteria ini akan membiak dan tersebar di kalangan manusia yang dekat dan jauh.

Apa yang berlaku, antibiotik yang sama apabila digunakan tidak lagi berfungsi seperti sebelumnya. Maka, doktor terpaksa menggunakan antibiotik yang lebih kuat kerana yang lama tidak berkesan. Kitaran ini akan menjadi lebih menakutkan. Antibiotik yang kuat ini pula digunakan sewenang-wenangnya. Maka apabila bakteria mula bermutasi dan menjadi kebal, antibiotik yang kuat tadi semakin hilang belangnya. Antibiotik yang lebih kuat lagi digunakan... ia akan berterusan sehingga tiada lagi antibiotik yang berkesan terhadap manusia.

Kos Perubatan Meningkat

Semakin kuat antibiotik digunakan semakin mahal antibiotik tersebut. Anda yang kaya mungkin tak kisah dengan kos antibiotik yang meningkat sekarang. Tetapi buat yang susah, RM 60 untuk 7 biji Augmentin memang memeningkan kepala. Di hospital kos perbelanjaaan rawatan juga semakin meningkat. Ini kerana antibiotik yang kuat tidak mungkin berharga murah. Syarikat farmaseutikal terpaksa membelanjakan jutaan wang untuk menghasilkan antibiotik yang lebih kuat dan siapa yang harus membayar harga itu?

Kenapa Antibiotik Digunakan Sewenang-Wenangnya?

1. Sebelum menuding kesalahan kepada orang lain, lebih baik salahkan diri sendiri dahulu. Doktor seperti saya, kadangkala selalu memberikan antibiotik walaupun tidak perlu. Biasanya General Practioner (GP) di klinik-klinik swasta lebih suka melakukan demikian. Ada beberapa sebab...

a. Satunya mungkin tidak beberapa yakin kepada diagnosis yang dibuat. Terdapat garisan di antara jangkitan bakteria dan virus. Mungkin garisan itu sukar dibezakan untuk sesetengah pesakit.

b. Untuk mengelakkan secondary infection. Jangkitan bakteria di atas jangkitan virus yang sedia ada. (ini alasan yang baik bagi doktor untuk menjual antibiotik)

c. Menghindarkan persepsi buruk pesakit kepada doktor dan klinik. Kalau anda nak tahu, ada jenis pesakit yang mempunyai tanggapan buruk kepada doktor yang tak mahu memberikan antibiotik. "Apalah ini doktor, tarak bagi antibiotik, next time tarak mau datang sini lagi". atau "ini klinik tak bagus, takda bagi antibiotik". Hilang seorang pelanggan...

d. Meningkatkan keuntungan dengan memberi antibiotik. Ya, jualan antibiotik boleh menguntungkan. Itu sebab ramai doktor swasta akan memberi antibiotik walaupun dengan sebab-sebab yang tidak logik.

2. Pesakit juga bersalah di dalam hal ini. Saya sudah banyak kali menceritakan ada ibu bapa yang terlalu menekan doktor untuk memberi antibiotik. Ada yang masam mencuka bila tak bagi antibiotik. Padahal anak tak ada demam pun, atau hanya sedikit selsema. Jikalau ibu bapa tahu betapa teruknya kesan Steven Johson Syndrome, sejenis lecuran kulit disebabkan alahan antibiotik pasti anda lebih berhati-hati.

"Anak saya takkan baik kalau tak diberi antibiotik". Ini adalah ayat cliche untuk ibu ayah yang selalu bagi anaknya antibiotik walaupun sedikit demam.

Cara Saya

Anda patut percaya, saya sendiri sebagai doktor, tak pernah memberi antibiotik kepada anak saya yang batuk, demm atau selsema selama seminggu. Saya akan memberinya ubat-ubat yang perlu sahaja, vitamin C tambahan, minum air kosong banyak dan makan banyak buah-buahan. Pada kebiasaannya, selepas seminggu batuk itu akan hilang.

Sekiranya selepas seminggu batuk, dengan adanya demam tinggi dan selsema, saya mungkin akan mulakan antibiotik yang paling rendah. Antibiotik mesti dihabiskan.

Perlu diberitahu di sini... Ubat antibiotik bukanlah ubat demam, atau selsema atau ubat sakit perut. Ia adalah untuk membunuh bakteria dan . Kalau demam, makan lah ubat demam dan kalau selsema makanlah ubat selsema. Antibiotik digunakan sekiranya terdapat jangkitan bakteria.

Doktor, Tolong Bagi Antibiotik Paling Kuat!

"Doktor, saya batuk dan sakit tekak, esok saya ada meeting. Boleh bagi saya antibiotik paling kuat supaya saya boleh pergi meeting esok".

Pertama sekali saya nak bagi tahu, Allah bagi kita sakit selain daripada ujian dan menghapuskan dosa, ialah untuk memberitahu kita yang badan kita ini perlukan rehat kerana bekerja terlalu kuat. Antibiotik tak boleh membantu anda mengembalikan kesihatan anda seperti sediakala sekiranya anda mengidap jangkitan. Berilah masa untuk badan anda berehat.

Kedua, untuk memberi antibiotik, perlu ada caranya. Mulakan dengan antibiotik yang tak beberapa kuat dahulu. Kemudian baru naik selangkah demi selangkah sekiranya tidak berkesan. Kalau kita nak bunuh seekor nyamuk, janganlah rumah hendak dibakar. Kalau nak bunuh bakteria yang tak beberapa kuat, jangan gunakan antibiotik yang paling kuat. Itu salah cara.

Tujuannya adalah untuk memastikan antibiotik yang paling kuat disimpan untuk menghadapi kuman yang sama kuat juga. Sekiranya kuman biasa pun dah menjadi kebal kepada antibiotik yang paling kuat, apabila tiba kuman yang paling kuat, tiada antibiotik lagi yang boleh digunakan.Bayangkan, tiada lagi ubat untuk membunuh bakteria... Sedikit luka di kaki pun boleh menyebabkan kematian. Kita seolah-olah kembali ke zaman sebelum Perang Dunia Kedua!!

Selasa, Februari 19, 2008

Test Your Fucking Anti Virus Software

Salam sejahtera. Untuk mengisi masa lapang yang seronok ini so marilah kita menimba sedikit ilmu. Ecehh.. Ari ni aku menceduk tutorial yang menarik dari sesebuah web untuk berkongsi bersama, iaitu menguji keberkesanan antivirus pada komputer anda. Ramai yang masih tak tau adakah antivirus mereka benar-benar berfungsi dengan baik atau malangnya ia telah rosak di sebabkan virus atau perlu di aktifkan semula.

Oleh itu kita perlu menguji antivirus itu dengan membuat sebuah fail "virus tester" yang mana perisian antivirus akan detect fail itu sebagai virus.So pengguna jangan merasa risau, fail ini adalah selamat dan ianya bukannya virus sebenar. Sila ikuti langkah-langkah seperti di bawah :


Langkah 1 : Buka notepad, dan copy n paste perkataan ini ke dalam notepad : X5O!P%@AP[4\PZX54(P^)7CC)7}$EICAR-STANDARD-ANTIVIRUS-TEST-FILE!$H+H*



Langkah 2 : Save file ini kepada eicar.com



Langkah 3 : Right click file tersebut dan scan mengikut antivirus yang anda gunakan masing-masing.



Result : Hasilnya antivirus pasti akan mengesan fail tersebut sebagai EICAR-Test-File. Sekiranya antivirus anda tidak dapat mengesan apa-apa virus atau tidak dapat mengenal pasti fail ini adalah sejenis virus, that is something wrong with your fucking antivirus. Haha


Khamis, Februari 14, 2008

Evolusi Nama Anak Melayu

Shakespeare pernah bertanya apa ada pada nama ? Bunga ros itu jika ditukarkan namanya masih tetap harum baunya. Memang benar bunga taik ayam itu pun jika diberikan nama yang indah sekalipun baunya masih tetap juga busuk ! Oleh itu nama tidak memberi apa2 makna selain hanya satu cara bagaimana kita hendak mengenali sesuatu benda – tidak lebih dari itu.

Bagaimana pula dengan nama manusia ? Setiap kita yang lahir ke dunia ini masing2 diberikan nama tertentu untuk dikenali dan supaya dapat dibezakan dengan orang lain. Oleh itu nama kita adalah identiti kita dan kita atau sesiapa saja akan terus menggunakannya sehingga akhir hayat. Kita tidak ada pilihan untuk mencari nama yang sesuai untuk kita kerana ia sudah diberikan sebaik2 saja kita lahir. Kita perlu menerimanya sama ada kita berpuas hati atau tidak....... ......

Agak menarik juga jika kita melihat trend orang Melayu dalam urusan mereka memilih nama anak masa kini. Sebagaimana berlakunya perubahan zaman, nama orang Melayu juga turut berubah secara disedari atau tidak; tegasnya mengalami evolusi secara senyap.

Ketika orang Melayu masih menganut fahaman animisme sebelum datang pengaruh luar, mereka memilih nama anak biasanya berpandukan alam sekitar. Nama anak lelaki seperti Jalak, Komeng, Awang, Lenteng dsb menjadi pilihan mereka; manakala anak perempuan pula diberikan nama yang lembut disebut seperti suria, nila. ayu dan nama2 bunga seperti kenanga, melati, melur, cempaka dll. Orang Melayu waktu itu percaya jika nama anak mereka mempunyai unsur2 keindahan dan sedap disebut akan digemari oleh hantu jembalang. Dipercayai kononnya anak itu akan selalu mendapat sakit......Oleh itu mereka sering memberikan nama yang agak hodoh seperti Lembik, Laboh, Ketot, Busuk, Buruk Comot dll.

Apabila datang agama Hindu dan orang Melayu menganutnya, . Nama anak2 mereka juga turut berubah. Kali ini nama2 yang bercirikan Hindu menjadi pilihan seperti Arjuna, Sita, Dewa, Dewi, Suri, Adi dll. Nama2 Hindu itu sering digabungkan dengan nama asli Melayu misalnya Dewi Buana, Adi Putra dsb. Budaya Hindu kekal dalam masyarakat Melayu lebih seribu tahun lamanya apabila agama Islam pula datang mengambil tempat.

Kali ini orang Melayu memilih nama anak mereka dengan nama2 yang mempunyai ciri Islam pula. Nama2 hari (Ahad, Isnin, Rabu, Khamis, Jumaat, Sabtu) kecuali Selasa sering menjadi pilihan selain dari nama2 bulan Islam seperti Muharram, Safar, Rejab, Syaaban dan Syawal. Selain dari itu nama2 25 Rasul Pilihan menjadi popular dengan nama “Muhammad” paling digemari. Begitu juga nama isteri nabi menjadi pilihan ibubapa menamakan anak2 perempuan mereka. Perkataan “Abdul” yang berarti “hamba” sangat popular digabungkan dengan perkataan lain seperti Abdul Ghafar, Abdul Wahab dll. Malangnya nama yang begitu indah dan mempunyai erti yang baik telah dicemari oleh orang Melayu apabila mereka menyebutnya ikut lidah mereka sendiri misalnya Ibrahim jadi Berahim, Abdullah jadi Dolah, Abdul Rahman jadi Deramang, Maimunah jadi Munah, Rogayah jadi Gayah saja. Nama Muhammad yang paling digemari itu diringkaskan pula kepada “Mat” atau “Mamat” saja – lazimnya dieja sebagai “Mohd”..

Oleh sebab terlalu ramai orang Melayu yang di panggil Mat, muncullah pula nama gelaran bagi membezakan mereka dengan “Mat” yang lain misalnya Mat Loyar, Mat Kengkang, Mat Rongak dll. Semuanya mempunyai gaya tersendiri yang kadang2 sangat melucukan kita. Bila kita sebut nama “Din”, ramai orang yang tidak kenal kerana terlalu ramai yang dipanggil Din; tapi bila kita kata “Din Kubong” barulah kita kenal dan dapat membayangkan wajahnya ! Kebanyakan nama gelaran itu berkait rapat dengan keperibadian orang yang menerima gelaran tersebut.

Sekarang ini sekali lagi trend orang Melayu memberikan nama anak2 mereka bertukar selera. Hari ini kita jarang sekali mendengar anak2 yang baru lahir diberikan nama2 seperti Maimunah, Aisyah, Borhan, Abdul Latif atau lain2 nama yang bercirikan Islam. Nama anak2 Melayu hari ini telah digubah secara yang amat kreatif sekali oleh para ibubapa mereka sehingga kadang2 lidah kita tersasul hendak menyebutnya. Kebanyakan nama2 yang direka itu tidak mempunyai apa2 pengertian langsung – jauh sekali berunsurkan Islam..... malah ada nama yang diberikan itu hanya merupakan permainan kata2 dan ejaan semata2..... .. . Seorang guru sekolah rendah pernah memberitahu saya nama2 anak muridnya ramai yang susah disebut dan kadang2 ejaannya juga amat mengelirukan dan ada kalanya terdapat hingga empat perkataan ! Seorang ayah ketika ditanya apa ertinya nama anaknya itu ? Sambil tersenyum beliau menjawab bahawa nama itu adalah merupakan gabungan perkataan antara namanya sendiri dengan nama isterinya.

Nyatalah hari ini para ibubapa tidak lagi menghiraukan pesanan nabi Muhammad s.a.w. supaya menamakan anak2 dengan sebutan dan mempunyai pengertian yang baik kerana menurut baginda nama itu akan dipanggil di akhirat kelak Nama2 klasik sudah dilupakan langsung kecuali beberapa perkataan yang enak disebut seperti Adi, Ayu dan Maya.

Hari ini anak2 muda Melayu amat bangga jika mereka dipanggil “Bob”, “Danny”, “Rudy” atau “Jeff”. Yang perempuan pula tersenyum lebar bila dipanggil “Kathy”, “Dolly”, “Shelly”atau “Marie”.. Mereka merasa nama yang diberikan oleh ibubapa mereka dulu itu tidak sedap, tidak sesuai atau pun sudah ketinggalan zaman. Oleh itu mereka sering memilih nama2 dari Barat dan mempunyai unsur2 Kristian yang pada pendapat mereka lebih ada gaya dan cun melecun..... .......Seorang rakan saya lebih selesa dipanggil “Sue” yang dimodified ejaannya - bukan nama sebenarnya “Suwaibah” !

Kebanyakan anak2 muda Melayu terikut2 dengan gaya artis tempatan yang masing2 mempunyai nama glamour dan memiliki nilai komersial. Para artis kita begitu ghairah memilih nama2 yang enak disebut atau mempunyai ejaan tersendiri. Ramai para artis kita hanya dikenali dengan nama glamour itu saja tanpa diketahui apa nama mereka yang sebenarnya. Mereka yang masih tetap menggunakan nama sebenar boleh dibilang dengan jari saja misalnya Siti Nurhaliza, Fauziah Ahmad Daud, Rosdi Ramli dan beberapa orang lagi.

Ke manakah hala tuju nama2 anak Melayu kini ? Apakah para ibubapa Melayu akan terus melakukan evolusi secara senyap terhadap nama anak2 mereka sehingga tidak lagi mempunyai ciri2 keperibadian yang di namakan “Melayu” ? Soalan2 ini mungkin tidak akan dapat dijawab dengan tepat walaupun oleh para budayawan kita !!

Anak perempuan kakak saya yang berumur 2 tahun diberikan nama Zetty Sharmila Izzany oleh ayahnya; tapi kami memanggil budak itu “Mila” saja........ ......... ...dan kadang2 neneknya memanggil “Debok”....... ...!!

sumber : email
pakar ceduk : united.pot.smokers

Anak Pontianak










Storyboard