ISA : Ikut Suka Aku!

Sabtu, Julai 07, 2007

Suami Gagal Masukkan 'Buah Zakar'

Artikel ini telah di petik dari halaman myMetro pada ruangan Doktor Sakit Tuan bersama Dr. Ismail Thamby yang beralamat : www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Sunday/SakitTuan/20070715121517/Article/indexp_html

Soalan :

Saya mendirikan rumah tangga pada Januari lalu, tetapi sehingga hari ini saya belum dapat lagi memasukkan buah zakar saya ke dalam kemaluan isteri. Isteri saya mengadu sakit apabila buah zakar saya hendak dimasukkan. Dia memaklumkan buah zakar saya terlalu besar. Saya berusia 37 tahun, manakala isteri 28 tahun. Apa perlu saya lakukan?

RAHMAN
Johor Bahru, Johor

Jawapan :

Walaupun anggota sulit wanita boleh mengembang dan meluas, belum ada lagi wanita memasukkan buah zakar lelaki atau suaminya ke dalam faraj.

Jika dilakukan juga, sudah tentu ia menyakitkan dan suami mungkin ‘pengsan’ dulu akibat kesakitan yang teramat sangat berikutan buah zakar itu sungguh sensitif dan menyakitkan jika dicengkam!

Mungkin yang anda maksudkan ialah zakar, bukan buah zakar. Setahu saya, benda paling besar pernah dimasukkan ke dalam faraj di negara ini ialah bola ragbi. Jadi faraj berkemampuan untuk melega, meluas dan memanjang jika wanita itu mahu begitu.

Sehubungan itu, tiada zakar yang tidak dapat dimasukkan ke dalam faraj kerana wanita mampu mengawal pembukaan farajnya. Jika wanita ini tidak tahu dan panik, mungkin satu jari pun sukar dimasukkan kecuali faraj yang cacat, iaitu pembukaan kecil atau anggota sulit itu kecil dan tidak mampu berkembang ke tahap matang.

Saya syorkan anda dan pasangan berjumpa doktor untuk mendapat bimbingan dan pemeriksaan. Jika ada kecacatan, doktor akan dapat kenali dan memberi rawatan sewajar.

Catatan : nasib baik dia tak masukkan kepala...

0 Comments:

Catat Ulasan

<< Home