ISA : Ikut Suka Aku!

Khamis, Mei 03, 2007

Selamat Tinggal



Hmm.. Sudah sampai ajal engkau akhirnya. Pagi semalam aku baru nak membelai dan bermanja dengan engkau telah meletup. Kesian.. Tergamam aku seketika, mengingati kisah silam kita berdua. Kisah-kisah, nostalgia-nostalgia, dan hanyalah kita berdua yang tahu. Akan ku abadikan di dalam minda sampai bila-bila, jasamu, pengorbananmu, tak akan aku lupakan.

Apa tidaknya, pagi-pagi lagi engkau telah di nodai oleh arus elektrik. Siang, malam, pagi petang, engkau terus di nodai olehnya tanpa henti. NON-STOP. Aku faham, dan aku juga pasrah engkau tidak lagi berdaya menanggung bebanan seterusnya engkau overload dan meletup.

Aku tidak salahkan engkau motherboard!!!, dan janganlah salah anggap aku telah salahkan engkau. Tidak sama sekali. Engkau tidak bersalah. Yang salah ialah elektrik. Elektrik madefaker itulah yang menodai engkau semala ini. Elektrik dickhead itulah yang membuatkan engkau lemah tidak bermaya lagi.

Walau apa pun, Power Supply Unit, sahabat karib engkau tu pun bingai. Kenapakah engkau tidak dapat menepis arus yang masuk ke tubuhmu? Kenapa engkau membiarkan kawan-kawan yang lain hancur musnah? Mengapa??

Lupakah engkau tentang peristiwa sewaktu hendak melamarmu dulu? Segalanya-galanya telah ku korbankan semata-mata untuk memilikimu. Hari demi hari aku sabar menunggu duit simpanan aku cukup untuk melamarimu. Ke-horny-an, telah ku korban untuk slow menghisap rokok, sahabat handai datang menjemput ku berfoya-foya, aku tidak hiraukan. Bak kata pepatah "celup budu biar sampai ke dagu" dan akhirnya aku membuat pinjaman loan dari mak aku untuk menikahi dikau. Adakah ini balasan engkau terhadapku?

Walaubagaimanapun, aku pasrah!! Aku berdoa akan kebahagian engkau semua kelak. Aku menjadi turut bersalah, silap dalam percaturan. Seeloknya aku perlu memikirkan masak-masak dan bukan terburu-buru untuk melamarmu. Yaa aku juga bodoh.. Bodoh kerana memilikimu. Bodoh, Bodoh, Bodoh (3x)

Akan tetapi, manalah aku mampu... manalah terdaya bagiku waktu itu, untuk memiliki yang 'true power', memiliki yang mempunyai sifat-sifat 'protection'. Amat malang bagiku. So yang bodoh ialah elektrik..!

Sebelum aku mengundur diri, terimalah sebuah lagu "Pergilah Sayang" yang di dendangkan oleh Ella & Korie, sebagai penghormatanku yang terakhir dariku. Sekian. ;(


Insan Sedih,

KAVA
-------

0 Comments:

Catat Ulasan

<< Home