Jumaat, Mei 26, 2006
Sabtu, Mei 13, 2006
Jumaat, Mei 12, 2006
Khamis, Mei 11, 2006
Penceraian Norman & Abby Abadi
Oleh Zubir Mohd Yunus
KUALA LUMPUR: Pasangan artis popular, Norman Hakim dan Abby Abadi, yang mencipta nama melalui drama bersiri Gerak Khas, bercerai talak satu Jumaat lalu selepas berkahwin selama lebih tiga tahun. Norman atau nama sebenarnya, Mohamed Nurhakim Zaidon, 30, melafazkan talak di hadapan Abby, 28, ketika isterinya itu menemuinya di lokasi penggambaran Gerak Khas di Jalan Raja Laut, di sini kira-kira jam 3 petang, dengan disaksikan beberapa krew produksi drama terbitan Skop Productions.
Beliau yang ditemui Berita Harian ketika menjalani penggambaran Gerak Khas di pekarangan banglo Datuk Yusof Haslam di Taman Melawati, Selangor, malam kelmarin, mengaku bahawa dia dan Abby kini sudah tiada hubungan lagi.
“Saya tidak menafikan perkara itu (perceraian) dan ia berlaku dalam situasi yang agak kritikal. Sebenarnya saya tak sanggup buat benda ini (melafazkan talak), tapi dalam keadaan yang tertekan, dengan berat hati saya terpaksa melepaskan Abby.
“Ini adalah dugaan yang paling hebat sepanjang menjalani kehidupan berumah tangga,” kata Norman sambil menitiskan air mata.
Norman berkata, beliau akan mendaftarkan perceraian mereka di Pejabat Kadi tetapi dalam tempoh edah, jika keadaan mengizinkan, beliau berhasrat untuk rujuk semula dengan Abby.
Abby atau nama sebenarnya, Arbaieyah Abdul Manan, bersama anak sudah keluar dari rumah mereka di Ukay Perdana, Selangor dan buat sementara waktu, tinggal bersama keluarganya di Lembah Keramat.
“Bagaimanapun, sepanjang tempoh edah ini, kami akan mencari jalan penyelesaian terbaik untuk membina semula rumah tangga kami. Saya masih menyayangi Abby...” akui Norman lagi.
Walaupun Abby turut berada di sisi penulis ketika mendengar pengakuan bekas suaminya itu, beliau keberatan memberi komen dan hanya akan berbuat demikian pada masa yang sesuai.
Norman dan Abby dinikahkan selepas pertunangan mereka pada 8 Januari 2002, sebelum bersanding di Dewan Perdana Felda, Kuala Lumpur, pada 31 Ogos tahun yang sama.
Mereka dikurniakan dua cahaya mata – Mohamed Danish Hakim, 3, dan Marissa Dania Hakim, 10 bulan.

Rabu, Mei 10, 2006
Tijah's Letter
"" Hi, my motive write this letter is to give know you something. I WANT TO CUT CONNECTION US. I have think about this very cook cook.I know I clap one hand only.Correctly, I have seen you and she together at town with eyes myself.You always ask for apology back back. I don't trust you again!!!You are really crocodile land.My Friend speak you play wood three. Now I know you correct correct play wood three.So, I break connection to pull my body from this love triangle.I know this result I pick is very correct, because you love she very high from me. So, I break off to go far from here. I don't want you to play play with my liver.I have been crying until no more eye water thinking about you. I don't want banana to fruit two times... Safe walk... Tijah ""