Kenyataan Panas Melayu Kapir!
Oleh Herman Samsudeen
KENYATAAN Presiden Persatuan Kecantikan dan Spa Bumiputera, Mohaizi Mohamad berhubung penggajian pekerja bertudung dalam industri Kecantikan dan Spa begitu meloyakan tekak sesiapa sahaja yang membacanya di dalam mStar Online.

"Kita tidak boleh paksa mana-mana syarikat untuk ambil orang bertudung atau tidak. Pengusaha syarikat itu tentu sudah fikir, kalau dia ambil pekerja bertudung, adakah itu akan menguntungkan perniagaannya? " kata Mohaizi.
"Kenalah pandai menyesuaikan diri jika ingin bekerja dalam bidang kecantikan. Jika dia tidak suka, dia kenalah cari kerja yang ada persekitaran lebih Islamik, " katanya lagi.
Jawapan-jawapan ini dilontarkan bagi melepaskan batuk ditangga dan langsung tidak memberikan suatu penyelesaian bagi pengaduan yang dilontarkan oleh seorang pembaca The Star bernama Nazreen.
Ya! mana-mana majikan pun berhak untuk memilih pekerja tetapi jika tudung menjadi isu dan persoalan dalam penilaian, ianya adalah suatu diskriminasi.
"kalau dia ambil pekerja bertudung, adakah itu akan menguntungkan perniagaannya? " - itu adalah persoalan dari mereka yang tidak beriman dengan Allah dan tidak faham erti Qada dan Qadar atau Yin dan Yang dalam bahasa orang Cina.
Sudah berapa banyak syarikat yang untung dengan mengajikan orang-orang yang bertudung diseluruh dunia. Malah negara ini juga dipimpin oleh Permaisuri Agong yang bertudung. Adakah itu merugikan negara?
Persepsi ini, sekaligus menunjukan bahawa Mohaizi berada seperti katak dibawah tempurung dan tidak melihat bahawa dunia ini berputar mengikut sunnah alam yang mana didalamnya begitu banyak makhluk yang hidup damai dengan pelbagai budaya dan cara fikir.
Jawapan beliau hanyalah menunjukan ketidakwarasan beliau dalam soal penghormatan kepada kaum wanita khususnya bagi mereka yang bertudung. Sungguh memalukan bila beliau sendiri menganggap soal bertudung itu seolah-olah suatu pilihan. Pemikiran yang sungguh primitif dan terkebelakang kerana dalam al-Quran sendiri telah Allah wajibkan setiap wanita muslim itu bertudung:
"Hendaknya mereka itu melabuhkan tudungnya sampai ke dadanya, dan jangan kamu mendedahkan aurat dan perhiasan kamu kecuali apa yang terzahir." Surah An Nur ayat 31.
Seharusnya beliau sebagai seorang Presiden dan seorang muslim berdakwah dan menerangkan kepada majikan-majikan bukan Islam tentang kelebihan mengaji pekerja yang bertudung. Tetapi perkara yang sebaliknya pula berlaku. Beliau sebagai seorang Presiden persatuan yang beragama Islam gagal untuk membawa pembaharuan dan mengangkat martabat Islam dalam Industri ini.
Adalah malang bagi Persatuan ini bila dipimpin oleh Presiden sebegini. Beliau melihat semua perkara yang ada dalam Islam itu dalam sudut yang negatif dan sempit. Bagi beliau Islam itu hanya untuk orang Islam. Itu adalah pemikiran yang salah kerana Islam diturunkan Allah sebagai rahmat untuk sekalian alam termasuklah yang bukan Islam. Islam bukan sekadar soal ibadat tetapi ia juga merangkumi soal akhlak dan budaya.
Apa yang dibawa Islam itu sesuai untuk semua zaman dan keadaan persekitaran sekarang inilah yang perlu diserasikan dengan Islam menurut kecerdikan akal kita.
Kita sendiri telah melihat bagaimana iklan-iklan syampo dan bahan kecantikan masakini sudah berani mengambil wanita bertudung seperti Wardina dan Rafidah sebagai model iklan mereka. Sasaran mereka ada wanita-wanita bertudung dan Mohaizi juga harus memahami bahawa wanita bertudung adalah segmen terbaru bagi industri kecantikan dan spa yang belum diterokai dinegara ini sepenuhnya berbanding diluar negara termasuklah di Eropah.
Jika beliau ingin membela majikan yang dimaksudkan oleh Nazreen sekalipun, jawapannya biarlah lunak dan tidak menghina hukum yang telah Allah tetapkan didalam Al-Quran. Negara ini pun didiami oleh lebih 50 peratus umat Islam dan hak setiap wanita Islam haruslah dihormati.
Setiap majikan berhak untuk memilih pekerja tapi isu tudung bukanlah alasan untuk mereka tidak mahu menggaji seseorang pekerja. Carilah alasan lain yang lebih munasabah. Jangan jadi bodoh dan mengikut hukum akal sedangkan Allah telah menyediakan pilihan yang terbaik untuk diikuti.
*Kecik-kecik tak belajar agama, inilah akibatnya.. hehe diceduk 100% dari email. Sekian...

0 Comments:
Catat Ulasan
<< Home