ISA : Ikut Suka Aku!

Sabtu, Disember 15, 2007

Yes.. System Up 2 Date

Akhirnya aku telah berjaya memasang update Windows XP Service Pack 3 RC1 dan Office 2007 Service Pack 1. Tetapi terasa seperti bermasalah kepada sistem seperti masa nak bukak Firefox yang mengambil masa terlalu lama, masa tutup Winamp keluar error message.

Hmm.. paling terasa apabila melayari internet. Lembab macam siput sedut. Walaupun aku menggunakan Internet Connection Sharing (ICS) dan telah limitkan bandwidth kepada client-client yang lain, amat menduka citakan PC aku ni lebih lembab melayari internet daripada mereka. Badigol betul..

Apa yang penting ialah tentang Windows Activation. Benda ni paling sial. Aktifkan Windows sebelum 30 hari. Walaupun aku guna Windows original, tapi aku aktifkan Windows guna patcher. Tiba-tiba je bila selepas siap install SP3, dia mintak aku aktifkan balik Windows yang celaker ni. Walaupun aku dah try guna patcher yang sama, belum masih berkesan. Agaknya tak berkesan untuk SP3.

Kepada pengguna di luar sana pikir-pikir ler dulu sebelum install update SP3 RC 1 yang cilaker ni.. Ataupun tunggu yang final release..Hehe Screenshot di bawah ni adalah bukti update telah berjaya di pasang huhu...




0 Comments:

Catat Ulasan

<< Home