Tak Nak! Sup Sirip Ikan Yu
World Health Organisation (WHO), U.S. Food & Drug Administration (USDA), Food Standards Australia New Zealand, Health Canada dan Hong Kong Consumer Council telah mengeluarkan amaran bahawa bakal ibu, ibu menyusu, bayi dan kanak-kanak di bawah 16 tahun harus mengelak daripada memakan ikan yu (termasuk sirip). Ini kerana produk-produk ikan yu amat tercemar dan mengandungi kadar racun yang tinggi, pada purata 1.5 mg/kg.
Mengikut US FDA, tahap bahan kimia seperti Raksa (Mercury) dalam sirip dan daging ikan yu cukup tinggi untuk menjejaskan sistem saraf bayi yang belum lahir. Ini boleh mengakibatkan masalah pembelajaran (bahasa & daya ingatan) dan pergerakan anggota badan. Satu lagi gejala kesihatan adalah ketidaksuburan.
Mengikut US FDA, tahap bahan kimia seperti Raksa (Mercury) dalam sirip dan daging ikan yu cukup tinggi untuk menjejaskan sistem saraf bayi yang belum lahir. Ini boleh mengakibatkan masalah pembelajaran (bahasa & daya ingatan) dan pergerakan anggota badan. Satu lagi gejala kesihatan adalah ketidaksuburan.
Sirip ikan yang dijual di Hong Kong telah diuji dan didapati mengandungi 5.84 bahagian dalam sejuta (ppm) merkuri. Tahap pencemaran maksima merkuri dalam bahan makanan yang dibenarkan di Hong Kong adalah 0.5 bahagian dalam sejuta (ppm).
Mengapa daging ikan yu mengandungi merkuri? Sebenarnya semua hidupan laut mempunyai bahan racun dalam dagingnya, lebih-lebih lagi semenjak revolusi perindustrian di abad 18 di mana kilang-kilang membuang berbagai bahan kimia beracun ke dalam sungai dan seterusnya ke laut.
Hidupan laut yang jangkamasa hidupnya pendek tidak mengumpul begitu banyak bahan racun dalam tisu dan lemak badannya. Tetapi ikan yang hidup lama iaitu lebih daripada 20 tahun seperti ikan yu akan mengumpul lebih bahan racun dalam tisu dan lemak badannya apabila ia memakan ikan kecil yang tercemar. Hakikatnya ikan yu adalah haiwan pemangsa teratas dalam rangkaian makanan dan spesies penting dalam ekosistem marin.
Kepupusan ikan yu akan memulakan kesan domino yang boleh mengakibatkan kekurangan atau kepupusan ataupun pertambahan spesies marin lain dan mengubah komposisi dan kepelbagaian spesies. Ketidakseimbangan ini akan menjejaskan kebolehan kita untuk bergantung kepada lautan sebagai satu sumber makanan di masa hadapan.
Ikan Yu atau Ikan Jerung seperti Hammerhead, Thresher Shark dan Whale Shark merupakan tarikan pelancongan yang bernilai, menarik penyelam-penyelam dari seluruh dunia untuk melihat mereka dan adalah satu sumber pendapatan kepada masyarakat tempatan. Oleh itu kita harus melindungi habitat mereka dan seterusnya melindungi juga banyak spesies yang lain serta ekosistem penting.
The World Conservation Union mendapati bahawa 65 daripada 373 spesies ikan yu yang diketahui kini diancam.
Permintaan untuk sup sirip ikan yu telah melambung kerana negara-negara seperti Cina, Hong Kong, Taiwan dan Singapore kini semakin kaya dan mampu membayar untuknya.
Sirip ikan yu tidak berzat.
Sirip ikan yu tidak ada rasa, perasa sup adalah daripada stok ayam yang digunakan untuk memasaknya.
Pemotongan sirip ikan yu adalah proses yang amat kejam. Ikan Yu akan diangkat hidup-hidup ke atas kapal, sirip mereka dipotong dan selepas itu badan mereka dibuang balik ke laut. Ikan itu masih hidup dan akan mengambil masa yang lama untuk mati lemas dalam penuh kesakitan. Teknik ini diamalkan sematamata untuk mejimat ruang dalam peti sejuk kapal kerana bahagian ikan yu yang paling bernilai adalah siripnya.
Teknik penangkapan ini amat membazir dan tidak berperikemanusiaan.
Hakikatnya adalah ikan yu yang telah wujud lebih daripada 400 juta tahun kini lebih diancam oleh aktiviti manusia yang membawa kemusnahan habitat, pencemaran, dan pemanasan global daripada kami diancam oleh ikan yu.
diceduk dari email 100%. united pot smokers....
0 Comments:
Catat Ulasan
<< Home