FRU Takut Babi
Coretan ini bagi aku best di petik dari email, dan untuk dikongsi bersama.
Saya pernah pergi perarakan bantah Amerika serang Afghanistan. Kemudian perarakan bantah akhbar Denmark hina Nabi s.a.w. Kemudian bantahan kenaikan harga minyak. Banyak lagi bantahan rakyat saya turut serta.
Ketika berarak saya pernah disembur gas pemedih mata FRU. Saya melolong kesakitan. Saya mencari air. Saya rasa macam mahu rebah. Tetapi saya sabarkan hati. Meleleh air mata saya. Hidung saya pun berair. Kaki saya lemah. Tetapi anggota FRU menyembur dan terus menyembur, tanpa belas kasihan. Apa lagi saya boleh buat, larilah, kalau tak lari kena belantan pula.
Saya taubat. Saya bukan taubat tak nak pergi berjuang lagi, tapi taubat nak bagi sokongan kepada FRU, anggota keselamatan dan sesiapa saja yang jadi pengampu, tali barut untuk mengenyangkan si perut buncit sang penguasa.
Malah dalam salah satu tunjuk perasaan itu (bantahan harga minyak naik), helikopter penguasa zalim terbang rendah (saya yang berada di bawahnya, rasa macam mahu dibawanya terbang), bertujuan menggagalkan perhimpunan dan menghalang orang ramai daripada mendengar ucapan pemimpin.
Tetapi satu berita dari Melaka, buat saya ‘hilang respect’ pada kehebatan FRU, kehebatan anggota penguat kuasa si penguasa zalim. Manakan tidak hilang ‘respect’, baru digertak barisan penternak babi, semuanya bersurai, berundur, operasi tidak diteruskan.
Semuanya cabut. Malah tiada gas pemedih mata dilepaskan kepada 180,000 ekor babi yang ada di Melaka. Memang betullah tindakan mereka, babi haram disentuh, jangan didekati, jadi lebih baik ‘cabut’ daripada kena mandi air tanah sekali dan air bersih tujuh kali.
Tindakan mereka betul juga. Kalau sembur babi dengan air pemedih mata, silap-silap nanti babi mengamuk, susah orang Melaka. Babi ini bukan seekor dua, malah ratusan ribu. Kalau ratusan ribu mengambuk, habis orang Melaka kerana amukan ini lebih hebat daripada amukan Hang Jebat. Satu Melaka diamuk babi nanti.
Kalau amukan Hang Jebat, boleh juga ditepis, tetapi kalau babi mengamuk mana boleh tepis. Apabila tersentuh babi, kena bersuci. Daripada susah bersuci, lebih baik cabut lari.
Akhirnya 180,000 ekor babi terus sihat dan gemuk di kandang masing-masing. Ada kandang babi ini terletak di perkampungan orang Melayu di Dun Linggi dan Dun Tanjung Bidara. Orang kampung sudah lama muntah, tercium bau babi.
Puasa ini mereka akan muntah-muntah lagi. Uuuekkk, orang ramai pun tidak mahu lagi mandi-manda di Tanjung Bidara dan Pengakalan Balak, mereka takut air laut dicemari najis babi yang mengalir dari sungai-sungai dan anak sungai di kawasan berkenaan. Raya nanti waris pun tak nak balik manakala saudara dan sahabat tidak mahu kunjung kerana bukan ada bau dodol dan rendang tetapi ada bau babi.
Hairan ya, mengapa babi diternak di kawasan orang Islam. Orang Islam tidak makan babi tetapi mereka dipaksa pula cium bau babi. Kalau FRU takut babi, tentulah mereka lagi takut. Teruslah cium bau babi Ramadan dan Syawal ini. – lanh

0 Comments:
Catat Ulasan
<< Home