ISA : Ikut Suka Aku!

Selasa, Ogos 07, 2007

Windows Vista Ultimate 32bit & 64bit (Bah. 2)

Okeh, skang dah siap download. Aku download Vista ni lebih kurang 4 jam, sempat lagi layan movie, main game, mandi dan makan apa semua. Next.... Proses seterusnya ialah kita nak burn installer ni ke dalam DVD.

Peranti yang diperlukan ialah DVD burner dan sekeping DVD-r yang bersaiz 4.7G tu. Tak mahal pun aku beli sekeping RM1.50 je. Nak buat ni tak susah, asalkan ikut step yang paling simple yang aku bagi ni, insyallah korang dah boot dari DVD tu. Kalau rasa ragu-ragu, bolehlah mencuba dengan menggunakan DVD-RW. Jangan bazirkan DVD-R anda..hehe

Kat bawah ni aku tunjuk langkah bagi Vista Ultimate 32bit, tapi untuk Vista Ultimate 64bit pun same je dia punya step.. dont worry Eeerrr klik imej untuk diperbesarkan ;-)

Kaedah-kaedah :


Satukan fail yang telah di download ke dalam sebuah folder. 3 jenis fail yang patut ada pada Vista Ultimate 32bit iaitu "boot.wim", "install.wim", dan "x13-49120.exe" manakala bagi Vista Ultimate 64bit pula ialah : "boot.wim", "install.wim" dan "x13-49121.exe"





Dengan menggunakan perisian utiliti seperti winzip atau winrar, extract fail dari x13-49120.exe (Vista 32) atau x13-49121.exe (Vista 64). Tunggu beberapa saat sehingga selesai kemudian folder "Vista" akan muncul.




Masukkan (cut) fail "boot.wim" dan "install.wim" ke dalam foler Vista\sources
Okeh dah siap, langkah seterusnya kita nak jadikan installer ni bootable dan nak burn ke DVD.

Skang ni kita nak buat fail ISO untuk installer Vista ni sebelum di burn ke dalam DVD. Korang boleh download perisian CDIMAGE di sini http://rapidshare.com/files/34179001/CDIMAGE.exe Selesai download install seperti biasa. Lokasi default bagi perisian ini akan berada di dalam C:\ . Dwi klik "cdimagegui.exe" untuk run program tersebut.





Ini adalah antaramuka CDImage. Langkah pertama klik butang "Startup" (belah kanan) dan klik pada icon disket pada bahagian "Please specify the Root Dir of your CD:". Dapatkan folder Vista yang korang buat tadi dan klik OK






Klik icon disket pada bahagian "Please specify a Path and Filename for the Iso File:". Step ni kita akan save fail ISO yang akan dibuat, so korang boleh lah simpan kat mana-mana, samada di "My Document", drive C, drive E dan sebagainya. Nama fail ISO tu korang boleh letak apa-apa nama. Di sini aku simpan dalam "My Document" dan aku tulis Vista32.ISO dan klik Save.




Langkah terakhir, klik butang "Creation" (belah kanan) dan klik "Start Image Creation"





Tunggu proses untuk menghasilkan fail ISO sehingga selesai.




Apabila selesai, korang boleh tengok fail ISO yang telah siap akan berada pada folder yang korang save tadi.
Skang ni dah beres... seterusnya kita nak burn ke dalam DVD, tunggu tutorial yang akan datang... aku dah letih ni.. hehe..

0 Comments:

Catat Ulasan

<< Home