ISA : Ikut Suka Aku!

Rabu, Disember 19, 2007

Call Of Duty 4 : Modern Warfare!

Tanpa di sedari, tiba-tiba keluar credit, menunjukkan aku dah khatam game ni. Cheh! pendek sangat permainanya. Rasanya masih tak puas. Download punya lah lama nak dekat sebulan tapi tak sampai satu hari pun dah boleh habis game ni.

Game ni tak de lah susah sangat, itu pun aku pilih level recruit. Budak-budak kecik pun dah boleh main. Dan oleh kerana tahun ni aku tak layan sangat game first person shooter, so aku rasa setakat tahun 2007 ni, game first person shooter terbaik yang aku pernah main ialah Call Of Duty 4 ni.


Sebelum ni aku pernah layan F.E.A.R yang seram-seram sejuk, tapi yang ni lagi best sebab mereka perang tak ada hantu.. Aku tak suka game-game yang lawan-lawan hantu sebenornye sebab tak logik.. Mana ada bunuh hantu pakai pistol ye tak?

Masa aku tengah main game ni secara automatik aku dapat rasakan mungkin macam ni lah peperangan sebenarnya atau lebih dasyat lagi yang berlaku di negara Islam. Dengan adanya tulisan-tulisan arab pada papan tanda, percakapan serta laungan-laungan berbahasa arab, askar-askar musuh yang memakai serban merah, jelas kita tahu kita sedang menentang siapa. Kadang-kadang aku tak tergamak nak tembak, tapi kalau aku tak tembak, depa tu tembak aku balik. hehe.. so kena tembak la.. tak main rugi..

Grafik game ni, perghh mengancam, korang boleh usha screenshots yang aku tangkap masa tengah main. Resolusi masa penangkapan berlaku ialah 1600x1200, kalau korang suka amik le buat wallpaper kat desktop.











0 Comments:

Catat Ulasan

<< Home