ISA : Ikut Suka Aku!

Isnin, Julai 10, 2006

Siswi mengaku khalwat



KOTA BHARU: Seorang penuntut Universiti Islam Antarabangsa (UIA) didenda RM1,200 oleh Mahkamah Rendah Syariah di sini semalam, selepas mengaku salah berkhalwat dengan pemain import pasukan bola sepak Kelantan.

Hakim Syarie, Nik Najib Che Hassan, memerintahkan penuntut tahun dua urusan farmasi itu, Farrah Aina Safian Sauri, 21, dipenjara dua bulan jika gagal membayar denda. Bagaimanapun, Farrah Aina kemudian membayar denda itu.

Mengikut pertuduhan, Farrah Aina didakwa berkhalwat secara berkurung sehingga boleh mendatangkan syak dengan seorang lelaki bukan Islam berbangsa Argentina, Gustavo Alberto Romero.

Dia didakwa melakukan perbuatan terbabit di sebuah rumah flet di Bandar Baru Kubang Kerian, di sini, kira-kira jam 1.15 pagi pada 7 Mei lalu. Farrah Aina yang berasal dari Machang, didakwa mengikut Seksyen 9(2) Kanun Jenayah Syariah Kelantan dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda sehingga RM2,000 atau penjara sehingga setahun atau kedua-duanya.

Pendakwaan dijalankan Ketua Pendakwa Syarie Kelantan, Abu Bakar Abdullah Kutty, manakala tertuduh tidak diwakili peguam. Mengikut fakta kes yang dikemukakan pendakwa, sepasukan penguat kuasa melakukan pemeriksaan terhadap rumah berkenaan, kira-kira jam 1.15pagi, bulan lalu.

Abu Bakar ketika membacakan fakta kes berkenaan memberitahu, apabila penguat kuasa masuk ke rumah terbabit, mereka mendapati sebuah biliknya berkunci. Apabila bilik itu diketuk, ia dibuka oleh tertuduh. Dalam bilik itu terdapat katil besar dan barang-barang kepunyaan Romero.

Farrah Aina yang berbaju kurung jingga serta bertudung putih itu, hadir di mahkamah dengan dihantar ibu bapanya, kelihatan tenang ketika pertuduhan dan fakta kes dibacakan.

Dalam rayuannya, Farrah Aina kemudian memohon supaya hukuman ringan dikenakan terhadapnya berikutan pengakuan bersalah itu dengan alasan dia masih menuntut.

"Saya masih dalam latihan amali bagi jurusan farmasi di Kubang Kerian. Saya adalah anak sulong dan harapan keluarga. Saya menyesal dan bertaubat serta berjanji tidak akan melakukan perbuatan itu".

"Saya hanya kawan biasa dengan lelaki itu. Orang tua tidak tahu yang saya ke rumah Romero kerana keluarga menetap di Jerantut, Pahang," katanya yang mengaku pernah tiga kali ke rumah Romero sejak mengenali lelaki itu mulai tahun lalu.

0 Comments:

Catat Ulasan

<< Home