ISA : Ikut Suka Aku!

Isnin, April 17, 2006

Kenapa Ayam Melintas Jalan ?

WHAT DID THE EXPERTS HAD TO SAY....

CIKGU TADIKA :
SEBAB AYAM TU NAK PERGI KE SEBELAH SANA.

ARISTOTLE :
IT IS THE NATURE OF CHICKENS TO CROSS THE ROAD.

BILL GATES :
I HAVE JUST RELEASED THE NEW CHICKEN OFFICE 2000,WHICH WILL NOT ONLY CROSS THE ROADS,BUT WILL LAYS EGGS,FILE YOUR IMPORTANT DOCUMENTS AND BALANCE YOUR CHECKBOOK.

PAK LAH :

INI SEMUA ADALAH KABAR ANGIN SAHAJA...JANGAN PERCAYA KABAR-KABAR ANGIN INI SEMUA...BIASALAH INI ADALAH TAKTIK PEMBANGKANG UNTUK MEMECAH BELAHKAN PERPADUAN AYAM-AYAM SEMUA...JANGAN PERCAYA...JANGAN PERCAYA...

ZAINAL ALAM KADIR :
"AYAM SIAPA KALAU BUKAN AYAM KITA..."

ZAINAL ARIFFIN ISMAIL (TV3 MISTERI NUSANTARA) :

ADA SAKSI MENYATAKAN YANG MEREKA DAPAT MELIHAT AYAM-AYAM INI MELINTAS JALAN-JALAN DI KAMPUNG NI PADA WAKTU MALAM.ADA YANG MENYATAKAN AYAM-AYAM INI MERUPAKAN PENYAMARAN JIN DAN ADA JUGA MENGAITKAN IA BERKAITAN DENGAN PERISTIWA SILAM DI KAMPUNG NI.APAKAH SEBENARNYA MAKSUD TERSIRAT AYAM-AYAM INI MELINTAS JALAN? OLEH ITU,SAYA AKHIRI "JANGAN BIARKAN HIDUP ANDA DISELUBUNGI MISTERI"...

WAN KAMARUDDIN (NTV7 EDISI SIASAT) :
APA KEJADAHNYA INI SUMA...KL DAH JADIK REBAN AYAM,MAK BAPAK AYAM ASYIK MENGANGA SAJE.

KARAM SINGH WALIA :
SEPERTI YG SAUDARA DPT LIHAT,KELIHATAN AYAM-AYAM ITU SEDANG MELINTAS JALAN.MEREKA BUKAN SAJA MELINTAS JALAN MALAH MEMBUANG NAJIS DIATAS JALAN DAN INI ADLAH PENCEMARAN YANG PALING HEBAT DI MAYA INI.BAPA-BAPA DAN IBU-IBU AYAM HARUSLAH MENGAMBIL INISIATIF UNTUK MELATIH AYAM-AYAM AGAR MENAHAN NAJIS SEWAKTU MELINTAS JALAN,SEKIAN SAYA SUDAHI DGN..AYAM DI JALAN DILINTASKAN;AYAM DI REBAN MATI TAK MAKAN.

SAMMY VELLU :
AYYYOOYOO...BELAKANG CERITA LAIN KALI,KITA SUDE BIKIN BANYAK JEMBATAN,ITU AYAM MUSTI GUNA JEMBATAN UNTUK LINTAS ITU JALAN LAGI PUN KALU ITU AYAM MAU PIGI JALAN-JALAN,BERITAU SAMA SAYA JUGA,SAYA BOLLEY BUAT LEBBEY BANYAK TOLL.

DR M :
YOU KNOW;I AM TIRED OF ALL THIS.."APA NAMA"CHICKEN-CHICKEN BISNES..THE FOREIGN POWERS SHOULD STOP INTERVING IN OUR DOMESTIC AFFAIRS AND JUST LEAVE OUR CHICKENS ALONE..IF THEY WANT TO..'APA NAMA' CROSS THE ROAD,THEY SHOULD BE ALLOWED TO CROSS THE ROAD..MALAYSIA IS DEMOCRATIC COUNTRY;WE LET OUR CHICKENS DO WHATEVER THEY WANT TO DO..AS LONG AS THEY DON'T THREATEN THE MALAY UNITY AND TRY TO TOPPLE THE GOVT..IF THEY PLAN TO DO SO..WE WON'T HESITATE TO USE THE ISA...

COLONEL SANDERS (KFC):
I MISSED ONE....

Abg Suda Baliik!

Jumaat, April 14, 2006

Lawak Bodo Singapore

Nampaknya jiran dari Malaysia ini sudah semakin kurang ajar dan semakin berani menunjuk perangai KAMPONG mereka yang mengada-ada itu! Mula-mula isu air, kini isu jambatan pula yang di api-apikan.

Apa lah mereka ini? Dah lama sangat tinggal kat kampong agaknya itu sebab perangai pun macam mentaliti kampong. Bangun dan sedarlah sikit wahai rakyat Malaysia. Ini bukan zaman ternak ayam macam kampong-kampong korang di Malaysia itu. Sekarang era globalisasi. Setiap negara berhak untuk mengambil keputusan sendiri.

Singapura adalah sebuah negara yang merdeka dan berdaulat. Kita sebagai sebuah negara yang merdeka berhak menentukan sama ada kita mahu jambatan ke taknak jembatan ke, semuanya dilakukan atas tanah kita sendiri. Bukannya minta menompang kat tanah orang lain kan?

Apalah kecoh sangat pasal jambatan? Causeway yang ada sekarang tu masih elok, ni nak buat jembatan bengkok pulak. Dah lah tu, kita tak nak ....tapi dia nak buat jembatan separuh jalan. whahaaaa. lawak betul biar satu dunia tengok "kepandaian" orang-orang malaysia, buat jambatan tak berhubung.

Bila dah siap nanti, namakan jembatan tu "Jambatan Perasaan". Sebab kita tak nak, tapi orang Malaysia aje yang perasaan nak.

Mereka tak sedar ke jikalau takde rakyat Singapura yang menyumbang kepada ekonomi malaysia berbelanja setiap hari di Johor, ekonomi mereka akan tidak ubah seperti ekonomi kampong. Semua hasil ternakkan, sayur, ayam, telur,kelapa sawit, kebanyakkannya dia jual kepada Siapa? rakyat Singapura gak.

Saya rasa rakyat Singapura perlu bangun dan sedar. Usahlah berbelanja di Malaysia lagi. Negeri jiran kita nih memang banyak sangat jenayah. Setiap hari ada sahaja orang yang kena rompak. Nama aje negeri Islam tapi perangai? Hai...negeri bukan Islam lebih baik. degan jiran pun asyik nak bergadoh.

Apadah....

Selasa, April 04, 2006

Fakta Kentut

S: Adakah lelaki kentut lebih banyak dariperempuan?

J: Tidak, wanita kentut lebih kurang bilangannya dengan lelaki. Cuma lelaki lebih berbangga apabila kentut. Bilangan kentut antara individu mungkin berbeza tetapi ianya tiada kaitan dengan jantina. Jika seseorang wanita itu kurang kentut, maknanya dia lebih rajin menyimpan kentut dan melepaskan dengan isipadu gas yang lebih banyak per kentut. Adakah kentut lelaki lebih teruk baunya dari kentut perempuan? Kajian saintifik menunjukkan kandungan kentut perempuan mempunyai konsentrasi gas berbau yang lebih tinggi dari lelaki. Tetapi kentut lelaki mempunyai isipadu yang lebih besar. Ini akan menyamakan kedudukan lelaki dan perempuan yakni bilangan molekul bau yang sama bagi keduanya.

S: Bilakah seorang lelaki itu boleh jadi dia kentut?

J: Seorang lelaki sejati akan kentut pertama kalinya diwaktu pagi di dalam bilik air. Jika ianya menghasilkan resonance (dengungan) yang baik, satu rumah akan dengar. Mengapa kekacang membantu seseorang itu kentut? Kekacang mengandungi gula yang tidak boleh dihadamkan iaitu raffinose, stachise dan verbacose. Apabila sampai diusus, bakteria akan berpesta makan dan menghasilkan gas yang banyak.Bahan lain ialah seperti jagung, kobis, susu, roti, telur, bir dan kismis. Manusia tidak mampu untuk menghadamkan susu kerana intolerance terhadap laktosa dan produk tenusu mampu menghasilkan kentut yang banyak.

S: Adakah betul kentut boleh menyalakan api?

J: Betul, tetapi banyak orang cedera dalam proses ini. Bukan sahaja api boleh menyambar kedalam punggung, malah pakaian sendiri juga boleh terbakar. Dalam suatu kajian dalam laman web Fartcloud, lebih kurang suku daripada bilangan orang yang cuba menyalakan kentut cedera terbakar. Ianya merupakan sesuatu perbuatan merbahaya. Jangan dicuba, anda tentu tak mahu, di hari kematian anda orang ketawa menyatakan anda mati kerana cuba untuk menyalakan kentut dengan api.

S: Adakah orang yang mencari rezeki dengan kentut?

J: Ada. Pernah tengok 'Just For Laugh' di saluran NTV7 tak lama dulu. Persembahan pentas dimana seorang lelaki menghasilkan lagu klasik dengan kentut.

S: Adalah kura-kura kentut?

J: Ya, semua binatang kentut. Kura-kura juga kentut dan bau kentut kura-kura sangat teruk. Begitu juga dengan ular. Ular Sonoran Coral dan Western Hook-Nosed kentut dengan bunyi popping yang kuat apabila diganggu. Kebanyakkan reptilia menggunakan kentut sebagai suatu senjata.

S: Haiwan apakah yang mempunyai pengeluaran kentut yang paling tinggi?

J: Percaya atau tidak, binatang yang mempunyai gelaran ini ialah anai-anai. Kerana diet pemakanan dan proses penghadaman dengan bantuan bakteria yang lebih banyak dari biasa, mereka menghasilkan metana sama banyak dengan yang dihasilkan oleh industri. Juga dipercayai anai-anai turut menyumbang kepada pemanasan global.

S: Bolehkan kita menelan asap dan mengeluarkan semula melalui kentut?

J: Tidak, asap terdiri daripada zarah yang terampai. Apabila melalui sistem penghadaman, zarah-zarah akan diserap oleh dinding perut atau larut dalam cairan. Bolehkah kita meninggalkan kesan kuning atau coklat pada seluar setelah kita kentut? Boleh! Ianya dipanggil "seni kentut" (fart art). Ia boleh dilakukan dengan cara apabila:

a) Pengentut menghidap cirit-birit
b) Pengentut cuba mengentut dengan sekuat hati (awas! - buasir)
c) Pengentut keliru dengan tekanan dalam perut samada ianya tekanan daripada gas atau cairan.

S: Bagaimanakah kita boleh tahu benda yang hendak keluar itu adalah gas, dan bukannya benda yang lebih hebat?

J: Sebenarnya kita boleh membezakannya kerana telah dilatih sejak kecil lagi. Sensasi yang ingin keluar dapat dibezakan dengan mudah.

S: Adakah dengan menghidu bau kentut orang lain, kentut kita akan menjadi lebih busuk?

J: Tidak, kentut yang dihidu akan ke paru-paru daripada sistem penghadaman, dan ianya akan dikeluarkan semula. Jika anda mahu, cubalah telan gas kentut orang lain..

AWAS! Kitab Injil Tersebar.



Description DI HANTAR OLEH SEORANG TEMAN YG BEKERJA DI KUALA LUMPUR ... Semalam semasa melalui sebuah lorong di Jalan Tun Abd.Rahman. saya didatangi seoarang melayu yg memakai pakaian yg sungguh bersih... rambut yang tersisir rapi... membela sedikit janggut dan bertali leher. Dia memberi salam dan bertanya adakah saya sibuk ketika itu.. tetapi saya amat sibuk,jadi meminta izin utk berlalu dgn segera tetapi sebelum saya pergi dia memberi saya satu bungkusan yg dibalut envelop bersaiz A4.. sebelum itu dia berkata.. "teruskan jihad". saya tersenyum sambil berkata perlahan.. Allahuakbar. apabila saya sampai di pejabat, saya membuka bungkusan itu dgn perasaan seronok mungkin didalam itu ada buku yg menyeru umat manusia untuk berjihad.. tetapi alangkah terkejutnya saya ia adalah sebuah kitab 'Bible' di dalam versi Arab dan CD DVD yg berkisar tentang kehidupan Nabi Isa.. Jadi saya menyeru kepada pihak orang ramai supaya berhati-hati apabila bertemu dengan mereka ini..lebih menyedihkan lagi mereka ini adalah orang melayu yang bertopengkan syaitan untuk terus menyesatkan umat Islam dinegara kita... bangkitlah saudara-saudaraku sayangilah masyarakat kita dan anak cucu kita nanti, takkan kita hendak menunggu pihak kerajaan mengambil tindakan sedangkan sementara itu berapa ramai anak muda dan gadis-gadis melayu kita yg berjaya dimurtadkan.. teruskan usha dakwah kita untuk menyampaikan Islam.. kerana pihak Kristian ni tidak akan putus-putus..untuk memurtadkan umat Islam. Sekian.. SILA SEBARKAN RISALAH INI

sumber asal : email

Banjir Darah..!

Photoshop








Potong Kepala Zaman Jepun










Sabtu, April 01, 2006

Proton Kedidi?





sedih betul tgk pada nama. Proton Kedidi. Sumber dari email. Kedidi? What tha fuck? Dah kering atau tak ada ide ke Malaysia ni nak bagi nama? Sekali keluar keladi la. Padan la dengan nama, dengan rupabentuk keretanya & tuan yang design kereta ni. 2/10