ISA : Ikut Suka Aku!

Sabtu, Januari 30, 2010

Wong Teck Chi | Jan 29, 10 11:15am
TERKINI Lebih 200 mahasiswa Universiti Malaya daripada kumpulan pro-Mahasiswa (pro-M) sedang berarak dari Dewan Tunku Canselor ke pejabat Canselori.

Mereka berang selepas tewas dalam pilihan raya kampus yang diadakan semalam dan mendakwa berlakunya penyelewengan.

Kumpulan pro-M juga menuntut pilihan raya baru diadakan semula dan sistem pengundian secara berkomputer atau e-undi batalkan.

Mahasiswa berkenaan memakai lilit kepala putih dengan tertera perkataan 'bantah' dalam tulisan merah.

Kumpulan mahasiswa itu juga dilaporkan bersiap sedia untuk menyerbu pejabat Canselori jika Naib Canselor, Ghauth Jamson gagal berjumpa dengan mereka.

Turut berada di lokasi adalah kumpulan mahasiswa dari kumpulan pro-Aspirasi (pro-A) yang berjaya menguasai Universiti Malaya dengan menyapu 21 kerusi berbanding 17 yang dimenangi oleh pro-M. Tiga lagi kerusi dimenangi oleh calon bebas.

Aku memang cukup respek pelajar U yg ini maciam...
Semangat mereka yg berani membuatkan kita pun turut berasa semangat..
Untuk menjalankan aktiviti ni bukan senang, pengaruh mesti mau kuat.
Peserta pulak perlu diasah, dibasuh, supaya mempunyai fizikal n mental yg kuat...
Ini bukan kerja senang..
Silap-silap orang lain lari dari medan tempur, tinggal hanya depa punya 'big boss' tercangkung di tengah padang...

Kalau sesebuah pusat pengajian yg mana pelajarnya hanya suka berdiam diri..
Aku pikir tak ubah macam lembu tua yang sedang memakan rumput yg diberi tuannya..
Bukan saja-saja aku nak kata, tapi hakikatnya memang begitu...

Mereka akan menerima saja, walau buruk, baik, jahat, semua mereka terima..
Bak kata pepatah "Beri taik, makan taik..."
Tak ada respon, seolah-olah macam manusia tak ada perasaan..

Bagi aku pelajar yg suka berdemo ni, mereka ini golongan yang cerdik..
Kita kat Malaysia ni je yang kurang sikit hendak berdemo, tapi kata Tun, demo itu sering berlaku hanya di negara maju itu adalah tepat sekali...
Disebabkan mereka cerdik, mereka akan bangun...


Selangor dakwa polis sabotaj Thaipusam
Adila Razak | Jan 29, 10 7:50am
Polis petang semalam merobohkan pentas yang telah siap dibina oleh kerajaan negeri Selangor untuk menyambut perayaan Thaipusam di Batu Caves.

Pentas berkenaan bertujuan digunakan bagi Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim menyampaikan bantuan RM1 juta kepada sekolah-sekolah Tamil dan kuil-kuil Hindhu di negeri itu.

“OCPD Gombak (Abdul Rahim Abdullah) dan pegawai polis lain datang pada jam 6.30pm dan mendakwa ia (perobohan) untuk tujuan keselamatan," kata penyelaras program itu yang juga Ahli Majlis Tempatan Selayang, George Gunaraj.

Beliau juga mendakwa Abdul Rahim telah memberikan kebenaran lisan bagi pembinaan pentas itu ketika mesyuarat menganjurkan sambutan Thaipusam itu.

Hat ni pun aku x setuju...
Pasal apa la gi roboh pentas orang yg nak beraya...
Aku bukan kata sokong hindu atau apa-apa..

Cuma apa yg kita rasa kalau dia org balas balik, dgn apa yg kita telah buat kat depa...
Aku rasa perang satu Malaya ni nanti...

Dia org bukan nak buat ceramah politik, mereka nak meraya...
Nak meraya bukan mahu bikin kecoh...!!

Aku konfirm sangat, kekecohan yang berlaku itu hanya selepas meroboh pentas mereka..!!!

Yang aku tak tahan baca, siap boleh jangka lagi tu, huru hara akan berlaku apabila sambutan diadakan..
Mana adaa... siapa yang cakap? Nenek hangg?
Hang jgn dok caya kat nenek hang tu... dia dah tua nyanyok...

Nota : sorry arr geng, sejak kebas dari demam ni rasa nak emo pulak... kekeke.. tapi jangan mereka tak berani terima kritikan sedangkan mereka berani melakukan... hehe

Label: