ISA : Ikut Suka Aku!

Isnin, Jun 29, 2009

Adakah Korang Tahu?

Adakah korang tahu...

Pada 07/08/2009 nanti...

Pada jam 12:34 dan 56 saat nanti...

Ia akan menjadi 12:34:56 07/08/09

Maka ia seperti 123456789

This will never happen in your life again!!

Sabtu, Jun 20, 2009

Budak Budak Nakal







I Hate Windows, I Prefer Open Source!

Salam guys,

Malam ini aku rasa tak banyak cerita yang hendak di hebahkan. Cuma aku ingin berkongsi sedikit sebanyak mengenai Sistem Operasi (OS). Misi aku (dan you all sekalilah yang guna Vista) kali ini adalah berkenaan dengan OS Windows Vista SP2 Ultimate.

Oleh kerana laptopku HP, DV3000 series memerlukan Vista sebagai penggerak perkakasannya, ia telah didatangi dengan Windows Vista Home Edition sebagai OS tersedia dari kilang. Setelah beberapa minggu selepas membelinya, Vista SP1 telah terbit, aku dengan mudahnya melanggar akta-akta tertentu, memasang Windows Vista Ultimate SP1. Crack, Patch, done!

Aku dapat menggunakan Windows ini dengan lancar sekali, update windows, main game, menggunakan alatan pejabat, semuanya tiada masalah. Namun entah bagaimana aku rasakan Windows Vista tidak serasi dengan citarasaku, membuatkan fikiran, penglihatan aku serabut apabila menggunakan Vista. Terus emosi terganggu apabila menggunakan sesuatu di dalam keadaan yang sangat terpaksa.

Aku harus kembali kepada yang asal, iaitu Windows XP. Walaupun aku agak boring dengan tema Luna, namun tema Energy dari Windows XP Media Center Edition telah cukup memberi paparan yang 'bertenaga'. Biar pun tiada effect euro glass, dreamscenes, sidebar, readyboost, tetapi tema Energy telah cukup memberi semangat kepadaku untuk terus kekal dengan Windows XP.

Harapan musnah, kerana web HP, tidak lagi membekal driver Windows XP sepenuhnya. Ada 2 peranti tidak diketahui nama & model, di dalam samar-samar aku telah berkali-kali mencari & memasang driver yang dikatakan sama seperti hardware di dalam laptop ini namun banyak mempunyai ralat; hardware berfungsi tidak stabil. Mungkin aku belum dijodohkan untuk berjumpa dengan driver yang sepatutnya, herherher...

Aku telah mengambil keputusan untuk memasang Vista kembali, terus menjadikannya sebagai backup OS. Kenapa? Aku berhijrah kepada dunia Open Source! Aku cuba menggunakan Ubuntu. Alhamdulillah sedikit demi sedikit ia memberi kesan untuk explorer benda yang belum pernah aku masuk sebelum ini. Rupa-rupanya aku dah jatuh hati pada Ubuntu. Dah lama juga aku tak sentuh Windows Vista yang aku pasang semula dahulu.

Beberapa minggu lalu aku mendapati Windows Vista sudah menerbitkan sebuah lagi Service Pack yang terbaru iaitu, Windows Vista with Service Pack 2. Wah.. aku ni suka up-to-date, maka dengan lajunya aku memindah turun Windows Vista Ultimate SP2. Agak ketinggalan kerana SP2 terbit pada 28 April, dan aku baru hendak download OS ini pada bulan June. Sebenarnya, sejak kehadiran Linux di dalam hidup aku, aku tidak lagi mengikuti perkembangan dunia Windows..!

Setelah selesai memindah turun Vista Ultimate SP2, aku menguji OS ini terlebih dahulu, menggunakan perisian mesin maya (VMWare). Selepas install, crack, patch, done..! Sungguh seronott sekali. Napa? Sebab kalau kita download software (yang bukan freeware) dari Microsuck ehhh silap... Microsoft, mesti nak kena crack, cari pacth, serial number, dan perasaan gembira tu datang bila software yang di crack tadi berjaya.

Tanpa perasaan ragu aku terus membuat clean install Windows Vista Ultimate SP2 kepada laptop. Setelah selesai install, seperti biasa aku menjalankan proses crack menggunakan loader tertentu, antaranya loader 4.1 dan 4.0. Apa yang lebih terkejut kali ini, aku tidak berjaya mengaktifkan windows ini. Ah! sudah.. Tanpa berputus asa, aku surf mencari crack, serial number, kaedah-kaedah tertentu bagi membolehkan windows ini aktif. Nasib tidak menyebelahi aku kali ni nampaknya. Windows Vista SP2 agak sukar di crack!.

Tapi napa di virtual machine boleh crack elok je..? Mungkin sebab perkakasan maya tidak sama dengan perkakasan sebenar. So buat masa ni, aku hanya kembali menggunakan Jaunty Jacklope dan membiarkan Vista Ultimate SP2 begitu saja (driver pun aku tak install).

Kepada pembaca, berhati-hati kalau u all nak upgrade sesuatu, pastikan backup semua hasil kerja anda. Buat apa susah-susah, mari berpindah ke open source..! Dan sekarang u all dah tahu kan misinya? Mencari loader untuk crack Vista dengan jayanya... herherher...

unitedpotsmokers2009

Khamis, Jun 11, 2009

Bagaimana Hendak Mengetahui Pixel Sebenar Peranti Anda?

Dewase ini kamera digital makin belambak dijual macam goring pisang jer. Terlalulah banyak jenis, jenama dan bermacam-macam jenis function ader. Kamera digital nih pulak biasernyer dinilai dangan pixel. Contohnyer 3.1 Megapixel.

Sebelum saya pergi lebih jauh lah adalah baik saya terangkan dulu apa kebende Pixel nih?

Pixel ni adalah adalah perkataan singkatan untuk picture element (pix = picture & el = element). Ia adalah satu titik atau spot yang pada rectilinear grid yang terdiri daripada beribu-ribu titik. Dan titik – titik ini akan membentuk imej kat monitor korang ataupun kat HDTV (High Definition Television) ataupun gambar yang korang print kat kertas tu sebenarnya dibentuk oleh beribu-ribu pixel. Pixel – pixel nih jugak membentuk huruf, graphic and etc. Pixel nih jugak dipanggil pel.

So macam mana kite nak tahu kamera digital kita sebenarnyer baper pixel untuk mengelakkan kita dari ditipu pekedai atau setiker kat kamera anda. Senang jer, korang beleklah kotak kamera anda tak pun tgk manual kamera tersebut cari image resolution.

Example image resolution : 2048 x 1536, 1600 x 1200, 800 x 600

Ok skrang korang ambik kalkulator. Kira daripada nilai terkecil:

Example image resolution 800 x 600 = 800 x 600
= 480000

1 mega = 1E6 ( 1 KUASA 6)

So untuk image resolution 800 x 600 bersamaan 0.48 Megapixel

Skrang ambik image resolution 1600 x 1200

1600 x 1200 = 1920000
= 1.92 Megapixel

Skrang ambik pulak nilai image resolution terbesar untuk ketahuai baper megapixel sebenar kemera digital korang.

image resolution 2048 x 1536 = 3145728 bersamaan 3.1 Megapixel

Lagik besar pixel lagik lawa ler gambar korang.

So aper lagik check skrang jugak pixel kamera korang betul ke tidak. Kalau betul ok kalu tak….sah – sah TIPAH TERTIPU!

credit to : charger_joe@jiwang.org

Bagaimana Anda Dirompak Oleh Webhosting Anda?

“Dapatkan 2Gb Ruang web dan 50GB bandwith dengan harga RM20 sahaja sebulan”

Owh… Iklan yang sungguh memikat, pastinya akan membuatkan ramai pemilik-pemilik laman web yang kecil merasakan mereka telah tertipu dengan perkhidmatan webhosting yang mereka gunakan sekarang.

Pemilik-pemilik laman web kecil ini adalah merupakan mereka yang telah membeli ruang web yang kecil daripada penyedia perkhidmatan webhosting untuk kegunaan website mereka, mungkin hanya sebesar 20, 50, 70mb. Kini, setelah melihat iklan yang terbaru, mereka mula rasa tertipu kerana mereka membuat pengiraan seperti berikut:

“Jika 2000Mb (2Gb) berharga RM20 sebulan, ini bermakna… harga bagi 30Mb yang aku beli di webhosting sekarang ini sepatutnya berharga (RM20 X 30Mb/2000Mb) = RM0.30 sebulan iaitu (RM0.30 x 12 bulan) = RM3.60!!. Fuyooo…! Wallaweiii.. Murah giler… Kalau macam nie.. lebih baik aku tukar webhosting. Webhosting sekarang nie, aku kena bayar sampai RM27 setahun… padahal, aku punya webhosting tu sepatutnya harga dia RM3.60 je setahun..takleh jadi nie.. kena tukar nie..”

Jadi, jika pemilik-pemilik laman web kecil ini mengambil keputusan untuk bertukar kepada webhosting yang baru seperti yang diiklankan itu, dia sepatutnya dapat menyelamatkan serta menjimatkan lebih banyak duit mereka…, betul tak?

SALAH!!!

Biar saya jelaskan mengapa:

Sebagai pemilik laman web kecil, berapa banyakkah dokumen HTML yang anda gunakan untuk website anda? 5, 10, 20,50,100?

Mengikut saranan pakar, jika anda membangunkan sesebuah laman web, saiz laman web tersebut seharusnya tidak melebihi 100kb bagi setiap dokumen HTML beserta gambar yang dihasilkan. Dan pada kebiasaannya, saiz dokumen HTML adalah diantara 10-15kb.

Baiklah mari kita lihat, katakan laman web anda terdapat banyak gambar serta butang-butang yang me”link”an dari satu mukasurat kepada mukasurat yang lain. Setiap gambar pula mempunyai resolusi 400x300 pixel, saiz gambar tersebut pula seharusnya tidak melebihi 30kb. Butang-butang pula biasanya bersaiz antara 3-5k.

Jadi, mari kita kira. Anda mempunyai webiste yang mengandungi
(a) 100 muka surat HTML
(b) setiap muka surat HTML anda mempunyai gambar sebesar 400x300 piksel
(c) dan juga 100 gambar butang

Jadi jumlah ruang web yang anda perlukan ialah:
100 HTML x 15k = 1500k
100 gambar x 30k = 3000k
100 butang x 5k = 500k

Jumlah : 5000k = 5Mb

Sekarang, mari kita kira pula saiz ruang yang diperlukan untuk email anda. Berapakah jumlah akaun email yang anda perlukan? 5, 10, 25? Sebelum anda dapat mengira saiz tersebut, anda perlulah menentukan jumlah saiz yang anda ingin hadkan bagi setiap akaun email anda? Adakah anda akan menerima email yang mempunyai lampiran-lampiran (attachment) yang besar?

Sebenarnya, anda boleh menetapkan di dalam perisian email anda seperti outlook/eudora untuk memadamkan semua email yang telah dimuatturunkan dari server ke komputer anda. Jadi, jika anda memeriksa email anda setiap 2 jam atau setiap hari, anda akan membuatkan ruang email anda sentiasa kosong untuk membolehkan anda menerima email yang seterusnya. Dengan itu, anda mungkin boleh menetapkan ruang yang hanya bersaiz 5Mb bagi setiap email akaun anda.

Jadi, jika anda memerlukan 5 akaun dengan setiap satunya bersaiz 5Mb, anda hanya memerlukan (5 email X 5Mb) = 25Mb untuk email anda.

Kini, jumlah keseluruhan ruang web yang diperlukan oleh anda ialah :
5Mb (website) + 25Mb (email) = 30Mb.

Dengan itu, jumlah keseluruhan ruang web yang anda perlukan hanyalah 30Mb sahaja sebenarnya.

Jadi, mengikut contoh di atas, memiliki ruang web sebesar 30Mb sahaja sudah mencukupi untuk website anda.

Tetapi, Jika anda mempunyai 2Gb ruang web dan anda hanya menggunakan 30Mb daripadanya, bayaran sebanyak RM20 sebulan = RM240 sebenarnya amat merugikan anda, anda kehilangan (RM240-RM27)= RM213 setahun semata-mata untuk mendapatkan ruang web yang murah dan bermilai untuk duit anda konon-kononnya.

Jadi, Bagaimana? Adakah anda masih berminat dengan iklan “2Gb ruang web dan 50GB bandwith” lagi?

Anda mungkin berkata, bagaimana dengan bandwith?.. 50Gb beb! Besar giler tu…

Yer.. ia memang besar. Tetapi!... adakah anda memerlukannya?

Sekali lagi anda perlu fikirkan, perlukah anda membayar pada sesuatu yang anda tidak perlukan. Oleh itu, rancanglah dengan teliti sebelum anda membeli sesuatu webhosting. Pastikan, berapakah ruang web yang sebenarnya anda perlukan untuk website anda? Usah membazirkan wang anda membayar sesuatu yang anda tidak gunakan.

Kesimpulannya, jadilah pengguna bijak (hu! hu! bunyi macam kempen pengguna bijak je!). Saiz sesuatu ruang web, seharusnya ditentukan oleh anda sendiri!, bukannya penyedia perkhidmatan webhosting, ini kerana.. anda yang lebih mengetahui mengenai website anda.

Sekian. Wassalam..

credit to : shuth@jiwang.org

Ahad, Jun 07, 2009

Run Commands

Macam mana nak guna arahan-arahan di bawah ini adalah dengan klik START > RUN > taip arahan yang dikehendaki (arahan yang berhuruf kecil)

Accessibility Controls

access.cpl


Add Hardware Wizard

hdwwiz.cpl


Add/Remove Programs

appwiz.cpl

Administrative Tools
control admintools


Automatic Updates

wuaucpl.cpl


Bluetooth Transfer Wizard

fsquirt


Calculator

calc


Certificate Manager

certmgr.msc


Character Map

charmap


Check Disk Utility

chkdsk


Clipboard Viewer

clipbrd


Command Prompt

cmd

Component Services
dcomcnfg


Computer Management

compmgmt.msc


Date and Time Properties

timedate.cpl


DDE Shares

ddeshare


Device Manager

devmgmt.msc


Direct X Control Panel (If Installed)*

directx.cpl


Direct X Troubleshooter
dxdiag

Disk Cleanup Utility
cleanmgr


Disk Defragment

dfrg.msc


Disk Management

diskmgmt.msc


Disk Partition Manager

diskpart


Display Properties

control desktop


Display Properties

desk.cpl


Display Properties (w/Appearance Tab Preselected)

control color


Dr. Watson System Troubleshooting Utility

drwtsn32


Driver Verifier Utility

verifier


Event Viewer

eventvwr.msc


File Signature Verification Tool

sigverif


Findfast

findfast.cpl


Folders Properties

control folders


Fonts

control fonts


Fonts Folder

fonts


Free Cell Card Game

freecell

Game Controllers
joy.cpl

Group Policy Editor (XP Professional)

gpedit.msc


Hearts Card Game

mshearts

Iexpress Wizard
iexpress

Indexing Service

ciadv.msc


Internet Properties

inetcpl.cpl


IP Configuration (Display Connection Configuration)

ipconfig /all


IP Configuration (Display DNS Cache Contents)

ipconfig /displaydns


IP Configuration (Delete DNS Cache Contents)

ipconfig /flushdns


IP Configuration (Release All Connections)

ipconfig /release


IP Configuration (Renew All Connections)

ipconfig /renew


IP Configuration (Refreshes DHCP & Re-Registers DNS)

ipconfig /registerdns

IP Configuration (Display DHCP Class ID)
ipconfig /showclassid

IP Configuration (Modifies DHCP Class ID)
ipconfig /setclassid

Java Control Panel (If Installed)
jpicpl32.cpl


Java Control Panel (If Installed)

javaws


Keyboard Properties

control keyboard


Local Security Settings

secpol.msc


Local Users and Groups

lusrmgr.msc


Logs You Out Of Windows

logoff


Microsoft Chat

winchat


Minesweeper Game

winmine


Mouse Properties

control mouse


Mouse Properties

main.cpl


Network Connections

control netconnections


Network Connections

ncpa.cpl


Network Setup Wizard

netsetup.cpl


Notepad

notepad


Nview Desktop Manager (If Installed)

nvtuicpl.cpl


Object Packager

packager


ODBC Data Source Administrator

odbccp32.cpl


On Screen Keyboard

osk

Opens AC3 Filter (If Installed)
ac3filter.cpl


Password Properties

password.cpl


Performance Monitor

perfmon.msc


Performance Monitor

perfmon


Phone and Modem Options

telephon.cpl


Power Configuration

powercfg.cpl


Printers and Faxes

control printers


Printers Folder

printers


Private Character Editor

eudcedit


Quicktime (If Installed)

QuickTime.cpl


Regional Settings

intl.cpl


Registry Editor

regedit


Registry Editor

regedit32


Remote Desktop

mstsc


Removable Storage

ntmsmgr.msc


Removable Storage Operator Requests

ntmsoprq.msc


Resultant Set of Policy (XP Professional)
rsop.msc

Scanners and Cameras

sticpl.cpl


Scheduled Tasks

control schedtasks


Security Center

wscui.cpl


Services

services.msc


Shared Folders
fsmgmt.msc

Shuts Down Windows

shutdown


Sounds and Audio

mmsys.cpl


Spider Solitare Card Game

spider


SQL Client Configuration

cliconfg


System Configuration Editor

sysedit


System Configuration Utility

msconfig


System File Checker Utility (Scan Immediately)

sfc /scannow


System File Checker Utility (Scan Once At Next Boot)

sfc /scanonce


System File Checker Utility (Scan On Every Boot)

sfc /scanboot


System File Checker Utility (Return to Default Setting)

sfc /revert


System File Checker Utility (Purge File Cache)

sfc /purgecache


System File Checker Utility (Set Cache Size to size x)

sfc /cachesize=x


System Properties

sysdm.cpl


Task Manager

taskmgr


Telnet Client

telnet


User Account Management

nusrmgr.cpl


Utility Manager

utilman


Windows Firewall

firewall.cpl


Windows Magnifier

magnify


Windows Management Infrastructure

wmimgmt.msc


Windows System Security Tool

syskey


Windows Update Launches

wupdmgr


Windows XP Tour Wizard

tourstart


Wordpad

write