ISA : Ikut Suka Aku!

Isnin, Disember 11, 2006

Dengar Dulu, Jangan Mencelah

Atan sikecil melihat kereta ayahnya melalui taman permainan dan memasuki suatu belukar. Ingin tahu, dia ikut kereta itu dan lihat Ayahnya dan Mak Cik Junaidah berpelukan mesra. Atan sikecil mendapati ini suatu berita hangat dan tak sabar merahsiahkannya terus berlari balik kerumah memberitahu ibunya.

"Mak, tadi saya ditaman permainan dan nampak kereta Ayah masuk dalam belukar dengan Mak Cik Junaidah. Saya pergi dekat dan lihat Ayah betul-betul cium Mak Cik, kemudian Ayah tolong bukakan bajunya. Lepas tu Mak Cik tolong buka seluar Ayah, lepas tu Mak Cik Junaidah......"

Ketika ini Maknya mencelah dan berkata..

"Atan, ini suatu cerita hebat dan panas, apa kata simpan dulu untuk dihabiskan masa ita makan malam ini. Mak nak tengok apa reaksi diwajah Ayahmu masa Atan bercerita nanti."

Waktu makan malam, Ibu minta Atan memulakan ceritanya. Sekali lagi Atan pun memulakan ceritanya!..

"Mak, mak, tadi saya ditaman permainan dan nampak kereta Ayah masuk dalam belukar dengan Mak Cik Junaidah. Saya pergi dekat dan lihat Ayah betul-betul cium Mak Cik, kemudian Ayah tolong bukakan bajunya. Lepas tu Mak Cik tolong buka seluar Ayah, lepas tu Mak Cik Junaidah dan Ayah buat sama macam Mak dan Pak Cik Osman selalu buat Masa Ayah kerja askar dahulu tu."

Si Emak terlopong.... Terkadang-kadang kita perlu dan terpaksa mendengar sesuatu cerita hingga habis sebelum mencelah Keskeskes..

0 Comments:

Catat Ulasan

<< Home