Luahan Perasaan
Kat bawah ni aku saje je copy balik, di mana aku menghantar aduan ini ke sesuatu tempat. Aduan di berbunyi seperti di bawah.
broadband yg ada di malaysia ni, terutama telekom ni, mmg banyak org pakai.
bila dah ramai pakai, mungkin dia org ni besar kepala, service tak ada kualiti.
dulu saya pernah bercakap dengan operator streamyx, utk meminta bantuan.
bantuan ttg masalah erorr 678 yg saya dapat.
jawapan diaorg tu saya rasa terlalu simple, budak kecik pun tahu..
dia org ingat kita ni bodoh sgt ke? buta IT?
dan masalah tak jugak selesai..
setelah 1 bulan berlalu saya dah boring telefon operator service center telekom tu..
masa buat trouble shooting ntah apa-apa..
buat benda sama, tapi langsung tak jalan connection..
encik pikir lah 1 bulan tak leh guna internet, tapi bil bulanan tetap kena bayar..
kalau setahun macam ni kompeni boleh lingkup cik..
akhirnya..
saya telefon ke pusat telekom di cawangan negeri ni..
baru lah jumpa dia punya engineer, yg betul2 pakar dlm bidang ni..
rupa-rupanya masalah ni bukan masa pada komputer saya, tapi berpunca dari ibu sawat..
masalah selesai dalam masa 4-5jam kemudiannya setelah engineer tu pergi baiki di ibu sawat tu..
so kat sini, khidmat operator di service center tu tak ada kualiti..
mereka ni patut di beri kursus yg lebih berkesan, jgn ajar benda2 basic, pengguna dah tau semua tu..
pengguna seperti saya ni rasanya..
kalau lah bayaran mahal sikit pun tak apa..
asalkan berkualiti, tak ada masalah, kihdmat terbaik..
ini kalau murah pun, tapi kualiti tak ada.. buat apa..
saya tinggal di kelantan..
kalau di ikutkan hati nak sangat register perkhidmatan broadband di singapore tu..
tapi jauh sangat.. mungkin service dia org tu tak ada kat sini..
singapore negara kecik ada service broadband terbaik..
sepatutnya kita malaysia, rakyat ramai, sepatutnya lebih baik dari singapore..
saya malu singaporean asyik menyindiri negara kita..
saya rasa macam nak tukar je jadi warga negara lain kalau mampu..
harap encik, memahami perasaan kami ni.
saya telah mewakili seluruh rakyat malaysia yg guna streamyx ni..
ini lah perasaan yg di miliki oleh pengguna streamyx..
banyak lagi sebenarnya yg saya nak tulis..
tapi tak apa lah lain kali saya sambung..
saya minta maaf sekiranya mana-mana pihak tersinggung bila baca kandungan isi hati saya ni..
sekian terima kasih... KAVAMakaveli
0 Comments:
Catat Ulasan
<< Home