ISA : Ikut Suka Aku!

Isnin, Ogos 07, 2006

RMVB

Assalamualaikum WBT.

Ahhh..! Letihnya.. Baru lepas makan. Rileks jap depan PC, tarik asap rokok dalam-dalam sambil tengok proses kat converter yang aku tinggal sebelum pegi makan tadi. Rupa-rupanya tak sampai separuh pun lagik. Rasanya lama jugak aku makan tadi. Macam bedegung pulak aku ni.. Maklumla tak berapa sehat.

Aku sebenarnya nak cerita secara basic,(lebih terperinci gua tak reti ; lu usha sendiri) tentang satu software converter yang boleh di katakan best ni. Memang best pun. Sebab output kualiti OK, saiz kecik.

Aku pernah buat pada seekor movie (DVDRIP) yang bersaiz 700MB kemudian di convert telah menjadi 400MB (lebey kurang +/- bergantung kepada birate). So dalam satu CD yang bersaiz 870MB aku dapat burn 2 movie sekali gus. Manyak untung loo..

Software ni memang dah lama kewujudannya, kalau tengok pada menu 'about' terhasil pada tahun 2000 lagi. Tapi aku baru tau sekarang. Apa punya lembab la.. So mungkin dah ramai yang tau, atau masih ada yang tatau kena tau. Rugi tak tau. Hehe..

Oh lupa nak bagi tau, software yang aku nak bagi tau ni nama dia Easy RealMedia Producer. Ianya freeware (ini yang paling best) dan boleh di dapati di : http://redcheek.net/erm/ermp_full.zip

Kat bawah ni, aku sedia kan sedikit tutorial secara basic dan ouput yang terhasil gerenti UMMMPHH!, tapi bergantung kepada sumber la.. kalau sumber dah teruk, ouput takkan nak cantik kan... Tapi alhamdullilah, aku test pada fail quicktime, imej yang berbintik-bintik, bila di convert guna software ni, output dia jadik smooth sikit. Clean & Keluar..Maahaahaha..


1. Ini lah interface Easy RealMedia Producer V1.94. Sungguh simple, senang, tak pening kepala otak.



2.Klik Button "Global". Bahagian Sytle tu korang boleh ubah mengikut selera koranglah samada nak pilih "System Default" (Classic) ataupun Program XP Style. Apa yang paling penting, cuba tengok pada "Core Setting". Pada combobox "Process Priority" ada banyak pilihan ; Real Time, Highest, Above Normal, Normal blablablabla.



Kat sini kita kena buat keputusan sendiri nak pilih yang mana. Tapi bagi aku, aku pilih "Lowest" oleh kerana aku tau kemampuan PC aku ni takat mana. Lagipun, dalam masa yang sama, banyak program yang aku run secara serentak, so aku mimilih lowest kerana bimbang program-program lain jadi lembab,tersangkut-sangkut dan macam-macam le. Mungkin korang boleh cuba samada nak letak Normal atau Highest, dan kalau tak ada masalah, jalan teruss...! Perlu di ingat, proses ini menggunakan keupayaan CPU 100%..



3.Klik button "Setting". Tu dia setting yg aku pilih. Terpulanglah pada lu olang samada nak ikut seperti ini atau memilih sendiri mengikut kemahiran lu olang.



4.Klik button "RV10/9 Settings". Pilih setting seperti ini atau mengikut pengalaman lu olang sendiri.

5. Selesai. Habis setting, klik button "Add" dan pilih fail movie mana nak covert, dan klik "Start".

Hmmm.. inilah sedikit sebanyak tutorial yg aku dapat kasik. Korang boley cuba dekat PC korang & lihat hasilnya sendiri. Seeloknya install software utk monitor CPU. Sebab guna 100% keupayaan CPU. KAW!! Punya. Kalau nampak suhu naik semacam baik stop kan aje, pasal benda ni nak buat bukan kejap. Dulu aku pernah buat nak sampai 1 hari woo.. Kalau ada apa-apa nak tambah atau beri komen, sila komen kat ni. Okeh Chow Chin Chow..

0 Comments:

Catat Ulasan

<< Home