ISA : Ikut Suka Aku!

Khamis, Mac 02, 2006

HDDlife Pro

assalamualaikum

hari ini aku cuba meluangkan masa untuk update blog aku nih, walaupun final exam dah nak dekat ( isnin depan je lagi ), tapi aku saja buat-buat tak gheti. malas pikir sangat. sakit otak!. disini aku nak berkongsi satu software utiliti dan boleh di katakan best jugaklah. perisian ni aku download dari web fungkur.net dan aku telah menggunakannya sekarang. hasilnya? memang best.

HEALTH STATUS DALAM MY COMPUTER

nama software yang aku nak ceritakan pada hari ni ialah HDDlife Pro Version 2.7.85. Dengan adanya benda ni, dapat meramalkan jangka hayat hardisk kita. ia mempunyai bahagian health status, performance, temperature. aku mula-mula pun terkejut, lepas install software ni, baru lah aku sedar bahawa suhu hardisk aku panas kaw-kaw selama ni. dah la hardisk dalam casing, tak ada pengudaraan keluar masuk, on 24 jam pulak tuh.

MAKLUMAT TENTANG HARDISK

sejak hari tu aku terus beli kipas hardisk & aku bogelkan - dah tak pakai casing lagi dah. aku beli rak plastic, letak macam tu aje, slamberrr, nak buat macam mana. aku memang syorkan korang pakai kipas utk hardisk ni, walaupun korang tak on 24 jam (
bukannya mahal sangat RM12 je, dalam lelong.com.my, kalau lowyat tak silap aku RM15 ).

aku bagi contoh maxtor, yg kapasiti 40GB tu, alaa yg nipis tu le, memang panas kaw-kaw. boleh masak air kalau dapur gas takde. kalau maxtor-quantum 40GB yg versi lama sikit; yang tebal tuh.. boleh tahan skit. oppss!.. sebelum aku melalut dengan lebih lanjut, dengan adanya software ni, kita dapat tahu kesihatan hardisk, sekurang-kurangnya kita dapat backup fail-fail penting. biasanya kalau hardisk tu dah sakit, dia bagi warning, bar dia jadik warna kuning.

ENABLE NOISE/PERFORMANCE

selain daripada tu, kalau hardisk ada bunyi kruk krekk kruk krekk tuh anda boleh setting pada "enable noise/performance level" tu. turun ke slower/quiter sikit, sebab default option dia set maxmimum iaitu faster/louder. aku rasa ni dia setting pada pusingan hardisk kot, aku pun tak berapa pasti sebab dalam help dia takde tulis detail. maka hardisk takkan bunyi bising lagi.

klik link di bawah untuk download perisian ni. perisian ni bukan freeware, so aku telah sertakan crack sekali. terima kasih juga pada fungkur.net kerana memberi info tentang utiliti berguna ni. kalau ada nak tambah, sila ke bahagian komen. kalau ada salah silap mintak maaf lew. kalau salah tolong betulkan, kalau betul jangan diperbetulkan. chow.

download link :
http://www.filefactory.com/get/v3/f2.php?f=ecdf82880c70c51036e32951

zip password :
kibosh.kismet.2006

0 Comments:

Catat Ulasan

<< Home